Thursday, December 3, 2009

Edited"Setiap klik $0.50?"

Previous post...

Salam,

Kali ni saya ingin berkongsi tentang sumbangan kita terhadap Yahudi dalam membantu mereka untuk menindas dan membunuh saudara kita di Palestin. Sedar atau tidak, kita secara tidak langsung telah menyumbang kepada perbelanjaan untuk peperangan di Gaza terhadap saudara kita sendiri oleh orang Yahudi! Bagaimana? Tak cukupkah boikot kita terhadap produk mereka? Saya sendiri tidak tahu, rangkaian penghubung kenalan, Facebook merupakan salah satu daripada sumber kewangan pihak Yahudi untuk memerangi saudara kita di Palestin hinggalah kawan saya mengingatkan akan hal ini. Jikalau ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini, sila layari :

http://nothingville90.blogspot.com/2009/12/facebook-propaganda-yahudi.html#comment-form

Begitu banyak saluran yang di gunakan oleh Yahudi untuk memerangi saudara kita di Palestin, hinggakan kita tidak sedar. Peringatan dari kawan saya ini telah membuat saya berfikir sejenak, apa yang telah saya lakukan untuk membantu saudaraku di Palestin sana? Ujian dan dugaan dunia begitu banyak hinngakan diriku terlupa dan leka akan mengingati Yang Maha Esa. Saya menyedari akan kelemahan diriku ini, langsung tidak mampu melakukan apa-apa untuk membantu saudarku sendiri. Dalam sibuk dengan urusan duniawi, diriku kian hanyut di bawa arus dunia yang tak berkesudahan. Kini, aku sedar diriku sangat lemah dalam mengharungi ujian dari-NYA. "Ujian adalah Tarbiyah dari Allah, apakah kita akan sabar? Ataupun sebaliknya...."

Recent post...

Sebenarnya saya cuma ingin mengajak anda semua berfikir dengan sebaiknya tentang isu yang saya ketengahkan ini. Jadi, untuk mengetahui lebih jelas tentang hal tersebut sila klik pautan berikut :

http://saifulislam.com/?p=6714
 
Selepas saya baca artikel tersebut, ada betul jugak hujah yang Ustaz Hasrizal(penulis blog Saifulislam) ketengahkan. Tapi, terus-terang saya bagi tahu saya sendiri sebenarnya semakin pening bila baca post tu..lol..Walau bagaimanapun, saya kena ada pendirian sendiri tentang hal ini dan masih mencari jawapan yang pasti(tak ada jawapan yang TEPAT di dunia ini melainkan daripada al-Quran dan as-Sunnah). Sebelum mengundur diri, mohan maaf kalau telah membuatkan anda keliru, sama-samalah kita dibuai kekeliruan..huhuhu..

p/s : kalau perasan, saya selalu letak link URL daripada terus 'copy and paste' sesebuah artikel,kan?sebenarnya,(bkn nk bgthu dragonball ada 7 bijik sumanya) saya rasa artikel seseorang itu tak ubah macam hak cipta terpelihara tuan empunya blog/laman sesawang walaupun tak ada pada hakikatnya. tapi, sebagai tanda menghormati tuan empunya blog jadi...

Sunday, October 25, 2009

Nak Salahkan Siapa?

Pada suatu hari yang cerah, Sallihin dengan 2 orang lagi kawannya(M dan N,x leh bgthu nma) mengorak langkah menuju ke kafe Harmoney. Perut kosong memaksa 3 sekawan ini untuk menjamu selera di kafe yang serba indah dengan rekaan dalaman yang begitu memukau mata. Sebaik sahaja kaki mereka mencecah lantai mozek kafe tersebut, lantas ketiga-tiga pasang mata mereka melilau mencari tempat duduk yang kosong. Setelah sasaran dikenal pasti, isyarat dalam bentuk gelombang masuk menembusi kornea lalu meluru masuk melalui iris yang agak mengecil setelah merentasi ruang air aqueous humor. Isyarat dihantar ke otak dalam bentuk gelombang elektrik oleh neuron sensor yang mana rods dan cones berperanan dalam menukarkan maklumat tadi ke dalam bentuk gelombang. Setelah diinterpretasikan oleh otak, kaki mereka pula bertindak untuk mencapai sasaran. Sepantas kilat, sasaran telah dikepung.
Sekarang, mereka meneruskan perjuangan untuk menjamu selera bagi memastikan internal environment mereka adalah pada tahap normal. Dipendekkan cerita, mereka bertiga bersedia untuk bangkit dari tempat duduk setelah puas menjamu selera, mengisi kekosongan perut. Bangkitlah M dari tempat duduk dia yang mana dia berhadapan dengan Sallihin. Sallihin pun turut berbuat demikian untuk mencuci tangan yang agak comot dek makanan. Tanpa disedari, Sallihin dengan hati yang senang-lenangnya terus berjalan tanpa mengendahkan suasana persekitaran. Tiba-tiba…ops…Sallihin tersadung kaki N!!! Apa lagi!? Tersungkur? Dengan tindakan reflek yang pantas dari Sallihin, dia sempat menyelamatkan keadaan! Akan tetapi...Refleknya menghantar isyarat ke otot rangka tangannya bertindak untuk bertahan pada meja bersebalahan dari terus tersungkur jatuh.Ah!? Albert Einstein and da geng! Alamak, kenapa meja mereka pulak!??? Dengan penuh segan-silunya Sallihin memohon maaf kepada ‘Einstein’ atas gangguan yang dilakukannya sebentar tadi. Muka merah padam mengiringi Sallihin menuju ke sinki tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan lagi, menyedari tindakannya menjadi perhatian sesetengah individu di kafe tersebut. “MALUNYA!!!! Kenapa mesti berlaku hari ni!!!!” kata hati kecil Sallihin. Sallihin dan kawan-kawannya ketawa sesama mereka sendiri dengan niat untuk menahan malu... Matlamat tercapai, malu menemani.
Jadi, siapakah yang bersalah dalam hal ini? Sallihin? Dengan sebab dia tak berhati-hati dalam tindak-tanduknya? Memang menjadi kebiasaan kita untuk berbuat seperti mana yang telah dilakukan eloh Sallihin, bangkit dari meja kemudian terus berjalan dari tempat tersebut. Mata dan fikiran kita difokuskan untuk perkara lain sebaik sahaja kita bangkit dari tempat duduk. Jadi, kesalahan ini tidak mengaitkan Sallihin secara langsung dalam hal ini. Kalau bukan Sallihin, siapa? N? Kalau diperhatikan, memang salah N. Dia mengunjurkan kaki keluar tanpa mangendahkan Sallihin yang baru saja berlalu. Tapi, dia berniat untuk keluar, bangkit dari tempat duduk dia. Dia tidak perasan akan Sallihin. Jadi, N tidak bersalah dalam hal ini.(ke, mmg disengajakn?hu3…). M pulak? Tanpa menoleh ke belakang, dia terus berjalan. Kawannya di belakang, tak dihiraukan. Apa ni, kawan sendiri tak nak tolong. Macam mana nak tolong, sudah lingkungan pandangan mata dia hanya setakat 180° dan binokular? Pasti bukan dia. Jadi, kalau bukan mereka bertiga. Siapa lagi?
Kejadian di atas mengajar kita untuk berfikir sedalam mungkin tentang rutin seharian kita. Kita sering menyalahkan situasi malahan individu tertentu atas perkara yang berlaku. Tanpa berfikir panjang, kita terus membuat kesimpulan. Kita kena sentiasa beringat, setiap kejadian/perkara yang berlaku di dunia ini ada hikmah di sebaliknya. Allah s.w.t telahpun memberitahu kita melalui al-Quran yang mana, sesungguhnya setiap kesusahan ada kesenangan. Apa jua bentuk kesusahan/halangan yang kita hadapi pasti ada kesenangan, kerana janji Allah itu adalah pasti. Berfikir dengan waras akal untuk membuat sesuatu keputusan tidak cukup jika tidak disertai dengan iman. Saya sebagai salah seorang watak dalam cerita tadi, turut menyedari bahawa saya tidak seharusnya menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Saya sebagai seorang hamba-NYA seharusnya sedar betapa sikitnya ilmu yang saya miliki hingga tidak mampu untuk mengelakkan kejadian tersebut dari berlaku. Hikmah daripada kejadian tersebut mungkin tidak kelihatan sekarang dek kelemahan diri, tapi yang pastinya Allah lebih mengetahui segalanya. Moga-moga kita dapat berfikir sejenak tentang diri kita tentang apa yang kita telah lakukan selama ini. Wallahu’alam.

Sunday, October 18, 2009

Rain, Calm and Relax

Salam...
It's raining out there, while for me, I'm doing my tooth carving. Of course listening to the muiscs at the same time.
Raining, I really loves this moment cause it's a bit cold and it comfort me. Before that, I feel a bit tension studying for hours. So, it's better for me to do my tooth carving. It's cloudy when I was about to start my carving, but I never thought it would fall to the earth's surface a moment later. I feel calm at this time, my mind feels very light without any burden. Well, since it's raining of course everyone love it. I mean, this is the most suitable time for some 'eye relaxation' a.k.a sleeping.Huhuhu...Me also want to sleep, but it's better for me to continue my tooth carving. It's very rare for me to have this moment, rain=cold=calm=carve=relax. So, better enjoy this moment before it ends.
Plus, it's getting darker out there. With the falling rain+incoming night, very ironic. I'm hoping that in the near future, I could have this moment again. Amin...Rain is one of Allah gift to us, it comes with various form as wellas function. This moment reminds me how weak are me in front of Him...
I think, that's all for the time being. Wassalam.

Saturday, September 26, 2009

Cuti Raya yang Meletihkan

Assalamualikum n salam sejahtera,


Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H walaupun hari ini sudahpun masuk raya ke-7, Maaf Zahir dan Batin.
Selari dengan tajuk kali ini, saya ingin menceritakan tentang cuti raya pada tahun ini. Ini bermaksud, fokus utama tajuk kali ini adalah perjalanan cuti raya saya untuk tahun ini. Tentulah saya akan ceritakan jugak raya saya kali ini.
18-09-2009 : Jumaat
Ini merupakan hari yang aku tunggu, BALIK KAMPUNG!!! Memang tak boleh dinafikan, balik dalam keadaan berpuasa agak meletihkan. Sampai saja di Kuching, saya tidak terus balik ke kampung, tapi tinggal sekejap di rumah ayah saudaraku. Sebabnya, perjalanan dari Kuching ke kampung ku jauh, kira-kira 4-5 jam. Jadi, mahu ke tak, kena juga tinggal kat sana.
19-09-2009 : Sabtu
Hari ini, aku meneruskan perjalananku untuk balik ke kampung bersama-sama dengan pak cikku. Memang perjalanan memakan masa 4-5 jam, tapi ia lebih dari tu. Sebabnya? Berhenti sekejap untuk berehat, penat kan memandu. Saya pun, bersabar. Maklumlah menumpang kereta pak cik. Setelah lama berjalan, tentu sampai jugak kn? Jadi sampailah ke destinasi..KAMPUNG BELADIN!!!Syukurlah, akhirnya sampai jugak walaupun penat yang teramat sangat. Malam tu merupakan malam penentuan, Berdebar rasanya bila nak tunggu pengumuman tu. Kalau ikutkan hati, saya nak raya tu jatuh hari Isnin. Sebabnya? Nak jugaklah rasa berpuasa kat rumah bersama keluarga kan? Tapi, ia telah pun di tetapkan. Sebenarnya, saya belum bersedia untuk beraya keesokan paginya. Sebabnya? Letih...Walaubagaimanapun, Raya kena di teruskan jugak. Baru je 15 minit pengumuman tu di buat, dh ada sms dihantar. Syukurlah, tapi malangnya malam tu henfon saya tak mencukupi kreditnya. Jadi, keesokan paginya, saya tak dapat nak balas mesej yang datang berpusu-pusu. Maaf dipinta kepada kawan-kawan yang mana saya terlewat balas mesej tu.
20-09-2009 : Ahad
Di pagi lebaran, ingin ku menadah kedua tangan memohon maaf atas....Dh berlalu pun. Tapi, tak terlambat jugak kan? Tak kisahlah, yang penting pagi tu saya Solat Sunat Aidilfitri bersama Ayah saya dan bermaaf-maafan sesama keluarga. Lepas habis solat tu, Ayah saya nak pergi kenduri makan. Saya pun nak ikut, jadi kami balik rumah dulu. Sampai je kat rumah, perut terus mengalas. Apa lagi, tandaslah jawabnya. Kemudian, bila keluar tandas tu, Ayah saya dah pun pergi kenduri bersama abang n adikku. Saya pulak? Rasa malu nak pergi sorang-sorang, jadi tak pergilah. Sedih jugak, sebab takda orang tunggu. Buat tak tahu jelah...Pastu, kami pergi tanah perkuburan, ziarah kubur arwah Datuk dan Nenek sebelah ayah dan emak. Sampai kat tanah perkuburan, saya pun baca surah Yaasin bersama ayah saya. Jadi kami pun bacalah, baca punya baca, terlintas di fikiran...Cepat betul masa berlalu, Datuk, Nenek dah pun pergi menyahut seruan Ilahi. Kebetulan pulak masa tu ada jenazah yang hendak di kebumikan, terasa hati ini mengenangkan dosa-dosa semalam...
Apa-apa pun, berbalik pada cerita tadi. Petang tu, ada lagi kenduri makan. Lepas Asar, jadi saya tak melepaskan peluang ni dan pergi...bersama ayah, adik dan abang. Emak pulak, kat ruang dapur. Tolong orang sediakan makanan. Dapat jugak peluang makan kenduri, syukur. Malam tu, tak pergi mana-mana lagi, berehat.
Ops..tengah hari tu sibuk balas mesej kawan, baru dapat reload.
21-09-2009 : Isnin
Pagi tu, Ayah saya pergi kenduri lagi. KENDURI LAGI!?RUMAH TERBUKA MANA? He2..kalau nak, itu kena usaha sendiri. Rumah terbuka memang sentiasa ada, cuma ia menunggu kedatangan tetamu. Saya tak pergi, sebabnya? Takda kawan nak pergi sama, sebab tu saya pergi ikut ayah saya saja. Abang saya pulak, lain cerita. Dia ada kawan sekampung, saya pulak sumanya kat kampung lain. Jauh lagi tu. Eh, tadi Ayah saya pergi kenduri, tapi saya tak ikutlah. Duduk kat rumah je. Petang tu barulah saya ikut, satu keluarga pergi. Study? ada, tapi beberapa slides lecture notes je. Itupun, hmm....tak payah cakap lah, lebih kurang cam tak study pun sebenarnya.
22-09-2009 : Selasa
Kehidupan diteruskan seperti biasa, suasan raya mula menyusut dalam diriku. Tak macam masa kecik-kecik dulu. Kalau raya, nun satu kampung pergi berjalan sampai petang. Emak kadang-kadang bising sebab lewat balik rumah. Mercun dan bunga api tu, tak payah cerita lagilah. Dah jadi satu kemestian masa tu. Tapi, bila dah meningkat dewasa ni suasana tu mula menghilang. Bukan menghilang, dah hilang pun sebenarnya. He3....
23-09-2009 : Rabu
Saya dah mula melangkahkan kaki untuk meninggalkan kamping halaman. Saya dan keluarga saya berangkat untuk pergi ke Kuching, sebabnya? Nak hantar saya baliklah, flight hari Sabtu. Haaa....Eh! Napa awal sangat? Kan hari Jumaat tu bleh pergi? Camni sebenarnya, kami bukannya pergi ke Kuching terus. Kami pergi ke kampung Tanjung Assam( jgn tanya napa nama begitu, saya pun tak tahu), tempat Ayah saya mengajar.
Tutorial : (nak promote sikit)
Dari Beladin nak pergi Kuching, kena lalu Bahagian Sri Aman dan Samarahan dulu. Beladin dan Tg Assam, kedua-duanya kat bahagian Betong. Camni susunannya, Betong dulu, pastu Sri Aman, Samarahan dan akhir sekali Kuching. Beladin, berbanding dengan Tg Assam, Tg Assam lebih dekat Sri Aman. @#*&*?". Pening sudah? Takpa, yang penting tahu yang mana dekat dengan Kuching, yang mana jauh. Kalau nakkan kepastian, kindly go to Google Maps....
Jadi, kami bermalam di Tg Assam untuk satu malam. Petang tu baru kami bertolak pergi dari Beladin ke Tg Assam. Tinggal kat rumah perguruan/kuarters. Malamnya? Berehat....
24-09-2009 : Khamis
Keesokannya, kami bersiap untuk pergi ke Sri Aman. Macam biasa, pagi bersiap, petang bertolak. Malamnya? Berehat....Walaupun saya dah terbiasa dengan keadaan begitu, tapi cuti kali ini hanya 1 minggu berbanding dengan kat matrik dulu, 2 minggu...Jadi, keletihan tu jelas terasa.
25-09-2009 : Jumaat
Kali ni lain sikit, kami bertolak sebelah pagi menuju ke Kuching. Sebab kalau bertolak petang, lewat petang baru sampai, dengan kata lain, malam. Jadi, kenalah bertolak pagi. Petang tu, kami sekeluarga pergi jalan-jalan sekejap kat Kuching. Beli barang sikit, maklumlah dah ada Ayah tolong bayarkan, jadi...hmm...tahu2 jelah. Kat Kuching tu, kami bermalam di rumah Pak Cik ku(bkn pak cik saya yang tumpangkan saya balik kampung tadi). Bila kami balik dari berjalan-jalan tadi, orang kat rumah tu sibuk dengan persiapan nak buat rumah terbuka(lebih kurang kenduri, tapi kecil-kecilan). Saya pulak? Bingung, tak tahu nak buat apa? Mengejut tu sebenarnya, tuan rumah buat last minute, saya pun tak tahu nak buat apa. Tolong sikit pun jadilah, kan? Jadi, bila dah sampai masa makan tu, saya pun makanlah. Lepas tu, saya pun baring2 sekejap, main sms, mesej dengan kawan sampai terlelap. Jadi, malam tu, siapa yang sms saya tu, tapi tak dapat balas dari saya, seribu kemaafan di pinta sebab saya dah pun tidur masa tu. Letih sangat.
26-09-2009 : Sabtu
Akhirnya tiba masa untukku pergi bertolak balik ke kampus...masa untuk meninggalkan tanah tumpah darahku, Sarawak Bumi Kenyalang. Dalam masa yang sama, berpisah dengan keluarga. Lepas ini, saya sendiri pun tak tahu bila lagi saya ada peluang nak balik ke kampung. Jadi, bila nak board masuk flight tu, sedih hati ini tatkala berjabat tangan dengan Ayah dan Emak. Namun, kehidupan mesti di teruskan. Saya pun bertolak pergi ke Kuala Lumpur sebelum pergi ke Kelantan. Rasanya itu saja yang ingin saya kongsikan setakat ini. Maaf kalau takda gambar raya, terlupa nak save.
Kesimpulan :
Letih? Ya, memang. Tapi, yang saya paling gembira adalah kami sekeluarga dapat berkumpul bersama. Sebabnya? Peluang ini jarang ditemui, cuma waktu raya saja kami sekeluarga dapat berkumpul bersama. Itulah pengubat rindu+letih.
Rinduku terubat tatkala melihat wajah keluargaku, lantas semuanya kembali normal. Menjalani kehidupan di rumah seperti biasa, rindu yang terubat lantas dilupakan. Tapi, bila berjauhan lagi, rindu kembali menerpa ke jiwa. Hanya doa saja yang mampu disampaikan walau tak kedengaran tatkala berada di perantauan. Inilah lumrah kehidupan seorang yang hidup di perantauan, berjauhan dengan keluarga.
Wassalam.

Sunday, August 30, 2009

Tragedi Berulang Lagi

Salam,
Dalam menongkah arus kehidupan, dugaan dan rintangan senantiasa datang bertali arus. Sedar atau tidak, sesetengah dari kita mula menyahut seruan Ilahi untuk bertemu dengan-Nya. Begitulah kisahnya dengan nasib segelintir penduduk kampung Beladin, kampung halamanku. Walaupun kisah ini telah lama berlalu, namun hati ini masih terasa tatkala mengenang kembali tragedi bot karam yang berlaku hampir 10 tahun lalu, kemudiannya berulang 6 tahun selepasnya. Sama-samalah kita mengambil iktibar dari kejadian ini di pautan berikut :






Al-Fatihah.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Menjelang Lagi


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sama-samalah kita menghayati bulan Ramadhan agar kita mendapat keberkatan yang berlipat kali ganda dan menjadi seorang hamba Allah yang mengharap keampunan dari-Nya. Amin.

Monday, August 10, 2009

Procastination is The Thief of Time!!!



Phew..at last, my oral histology is finished! This drawing stuff really make me sick even I'm enjoy doing it at the same time. Can you imagine, drawing unclear slides(due to low magnification power) in a blank paper? Worst of all, when it comes to drawing the cells it selves. Really troublesome, I have to draw every single one of them! Or..I'm the only one who does that?

Exactly! When I know the truth that I'm the only one who draw every single cells, it's really quite irritating. Why I'm being too scheme? It' just burden me more than I capable of..Ha..

Somehow, I'm satisfy with my works. It's quite awesome drawing when I look it again and again, yet it's still under scheme drawing. I'm trying my very hard to get out from this scheme surrounding actually, but my strength isn't enough or the time has not come yet. I don't really care actually, as long as I could survive here, it'll be fine for me.

So, the moral value for this miserable experience is..you know the answer because it's already stated at very top of this post i.e. the title it self. Or should I emphasis it again, "SAY NO TO PROCASTINATION!!!"

Till we meet again. >_<

Saturday, August 8, 2009

A New Block Started Enrolling A New Journey - The End


At last...

This weekend denote the end of our 3rd block which is 'Cell and Tissue'. I'm really glad that this block already come to an end but, watch out, lecture notes are waiting for me. Again, I've to act fast as to revise back all the lectures for the whole 2 weeks session. Plus, our selanjar is around the corner just after the convo break. But, for dental students only.

Anyway, that's all I want to say for the time being. The above picture was taken when I was drawing Oral Histology(mouth tissue) slides and for sure you know it's name, right? Light Microscope(LM).

Till we meet again next time. >_<

Friday, August 7, 2009

Kisah Menyayat Hati Marwa Al-Sherbini

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Kali ini, saya ingin mengajak anda sekalian berfikir sedalam-dalamnya tentang kisah seorang muslimat Mesir yang telah meninggal dunia demi mempertahankan syariah Islam yang wajib iaitu memakai tudung. Ikuti kisah selanjutnya di pautan ini :

http://artofthoughts.blogspot.com/2009/07/soerang-wanita-muslim-mesir-di-bunuh-di.html

Memang menyayatkan hati..Ketika mendengar kisah ini, saya berasa sungguh sedih dan terkilan atas apa yang berlaku walaupun kisah ini telah lama berlalu. Sama-samalah kita berfikir sedalam-dalamnya tentang kejadian yang menyayatkan hati ini dari pelbagai aspek khususnya peranan kita sebagai seorang Muslim.

Wassalamualaikum.

Monday, August 3, 2009

A New Block Started Enrolling A New Journey - Part 2

Assalamualaikum and salam sejahtera

First of all, you would be quite confuse=puzzled=wondering=thinking=worst of all tension. I hope tension is not in the list. Nevertheless, you sure will be quite puzzled if you haven't read yet the same title of post in my other blog which you can view by simply clicking at 'Sallihin' under My Link. I hope you enjoy reading it even it seem to be quite boring.

This week is the second week of our third block which is 'cell and tissue' block. As usual, there sure will be lecture enrolled from morning till afternoon. But, last week there was an addition of session like demo and discussion which is held in MDL(multidisciplinary lab). During the session, we were to observe slides under LM(light microscope) in pairs. It was interesting because we were observing the slides and try to identified the desired cell or tissue.

Last week also, there was a slot with Professor Rani, former Dean of PPSG. He came and give some speech among dental 1st year student(us) and at the end of the session, we had chances to asked a few questions to him before he leaved.

Today, we had our physiology practical which I felt very interesting. Do you know why? Because I had a chance to see for myself, for the first time a CENTRIFUGE!!! What' that? I, myself don't really know, but what I can tell here is, that machine is use to separate substances(usually in liquid form) which is in different density. The final result would be substances arranged in test tube layer by layer according to their respective density. The reason I'm interested with this divice is, this device is used in an experiment by scientist few decades ago about replication of DNA. The details I'm not really sure, but that's the reason. That's all I can say.

Ther's a lot more that I want to share here, but somehow I think it's enough till here as there's a lot of thing I want to do like revision,maybe...

Wassalamualikum.

Friday, July 31, 2009

Hari Keluarga PPSG


Salam..



Kali ni saya nk cerita sikit tentang Hari Keluarga PPSG yang mana ia diadakan pada sebelah pagi,jam lebih kurang 8:30 pg(walaupun lambat mula,sebab jam 8:30 tu baru nak melangkahkan kaki ke 'tapak perjumpaan'). Jadi, banyak jugaklah aktiviti yang diadakan, tapi kebanyakkannya lebih kepada sukaneka kecuali bola sepak dan bola tampar.

Kalau nak bagitahu semua perjalanan program ni, alamat tak habislah. Jadi, nak dipendekkan cerita..best jugaklah. Cuma masa main bola sepak tu. Memang melucukan jugaklah bila difikirkan balik(syok sendiri ke?). Mana taknya, saya ni yang tak biasa main bola, tiba2 jer kena main bola. Bukan saya sorang jer, member2 yang lain pun ada. Maksud saya 1st year la. Masa main bola, saya boleh rasakan betapa 'tense'nya suasana. Tapi taklah tegang sangat, sikit jer. Seronok jugak bila tengok kawan sekaki tengah main bola. Yang paling teruk sekali, masa last match kumpulan kami, saya disuruh jadi keeper!!!Alahai,malang sunnguh. Lepas tu, masa nak tangkap bola tangan ter...lebih kurang terseliuh sikit. Apa-apa pun, saya jugak sempat menyelamatkan beberapa serangan walaupun akhirnya bolos jugak..he2..

Lepas tu, masa permainan 'makan epal', punyalah susah nak makan epal yang tergantung. Lepas tu, saya nampak member lain guna tangan(tak boleh guna tgn, malahan di ikat lagi) jadi apa lagi, guna tangan jugaklah. Sama jugak masa jalan atas batu-bata tu, saya banyak sekali kaki menginjak tanah. Urusetia tak tegur, jadi saya tak kisahlah. Tak pun mereka tak nampak..

Rasanya sampai setakat ini jelah buat masa sekarang. Wassalam.

Monday, July 13, 2009

salam perkenalan n salam ukhuwah

Assalamualaikum, rasanya ini merupakan kali pertama saya menulis blog ini. Buat masa sekarang, saya tak tahu sangat nak tulis pasal apa. Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk menulis di ruangan ini walaupun saya tahu takda siapa yang nak baca blog ni melainkan tuan empunya blog ini.

Baiklah, memandangkan ini merupakan kali pertama saya menulis di ruangan ini, moleklah kiranya saya memperkenalkan diri. Nama dah tahu, asal pun sama.Hmm..apa ya..ok,sekarang ni saya baru saja mendaftar sebagai seorang mahasiswa di salah sebuah universiti di Malaysia ni. Bidang pengajian, Doktor Pergigian, 10 semester dalam lingkungan masa 5 tahun. Apa lagi ya, tentang minggu orientasi kat sini.

Minggu orientasi kat sini ok jgak, cuma meletihkan sedikit. Tahu-tahulah, minggu orientasi ni memang memnatkan terutamanya dr segi kekangan masa. Tapi taklah teruk sangat pun. Walaubagaimanapun, saya rasa minggu orientasi kat sini merupakan yang paling teruk dlm saya. Tak thulh knapa, mybe slalu dtg lmbat kot. He2..k, boring gak cmni. Bagus lagi kalw saya mngundur diri dulu. thanks sbab sudi membaca. Wassalam.