Sunday, October 25, 2009

Nak Salahkan Siapa?

Pada suatu hari yang cerah, Sallihin dengan 2 orang lagi kawannya(M dan N,x leh bgthu nma) mengorak langkah menuju ke kafe Harmoney. Perut kosong memaksa 3 sekawan ini untuk menjamu selera di kafe yang serba indah dengan rekaan dalaman yang begitu memukau mata. Sebaik sahaja kaki mereka mencecah lantai mozek kafe tersebut, lantas ketiga-tiga pasang mata mereka melilau mencari tempat duduk yang kosong. Setelah sasaran dikenal pasti, isyarat dalam bentuk gelombang masuk menembusi kornea lalu meluru masuk melalui iris yang agak mengecil setelah merentasi ruang air aqueous humor. Isyarat dihantar ke otak dalam bentuk gelombang elektrik oleh neuron sensor yang mana rods dan cones berperanan dalam menukarkan maklumat tadi ke dalam bentuk gelombang. Setelah diinterpretasikan oleh otak, kaki mereka pula bertindak untuk mencapai sasaran. Sepantas kilat, sasaran telah dikepung.
Sekarang, mereka meneruskan perjuangan untuk menjamu selera bagi memastikan internal environment mereka adalah pada tahap normal. Dipendekkan cerita, mereka bertiga bersedia untuk bangkit dari tempat duduk setelah puas menjamu selera, mengisi kekosongan perut. Bangkitlah M dari tempat duduk dia yang mana dia berhadapan dengan Sallihin. Sallihin pun turut berbuat demikian untuk mencuci tangan yang agak comot dek makanan. Tanpa disedari, Sallihin dengan hati yang senang-lenangnya terus berjalan tanpa mengendahkan suasana persekitaran. Tiba-tiba…ops…Sallihin tersadung kaki N!!! Apa lagi!? Tersungkur? Dengan tindakan reflek yang pantas dari Sallihin, dia sempat menyelamatkan keadaan! Akan tetapi...Refleknya menghantar isyarat ke otot rangka tangannya bertindak untuk bertahan pada meja bersebalahan dari terus tersungkur jatuh.Ah!? Albert Einstein and da geng! Alamak, kenapa meja mereka pulak!??? Dengan penuh segan-silunya Sallihin memohon maaf kepada ‘Einstein’ atas gangguan yang dilakukannya sebentar tadi. Muka merah padam mengiringi Sallihin menuju ke sinki tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan lagi, menyedari tindakannya menjadi perhatian sesetengah individu di kafe tersebut. “MALUNYA!!!! Kenapa mesti berlaku hari ni!!!!” kata hati kecil Sallihin. Sallihin dan kawan-kawannya ketawa sesama mereka sendiri dengan niat untuk menahan malu... Matlamat tercapai, malu menemani.
Jadi, siapakah yang bersalah dalam hal ini? Sallihin? Dengan sebab dia tak berhati-hati dalam tindak-tanduknya? Memang menjadi kebiasaan kita untuk berbuat seperti mana yang telah dilakukan eloh Sallihin, bangkit dari meja kemudian terus berjalan dari tempat tersebut. Mata dan fikiran kita difokuskan untuk perkara lain sebaik sahaja kita bangkit dari tempat duduk. Jadi, kesalahan ini tidak mengaitkan Sallihin secara langsung dalam hal ini. Kalau bukan Sallihin, siapa? N? Kalau diperhatikan, memang salah N. Dia mengunjurkan kaki keluar tanpa mangendahkan Sallihin yang baru saja berlalu. Tapi, dia berniat untuk keluar, bangkit dari tempat duduk dia. Dia tidak perasan akan Sallihin. Jadi, N tidak bersalah dalam hal ini.(ke, mmg disengajakn?hu3…). M pulak? Tanpa menoleh ke belakang, dia terus berjalan. Kawannya di belakang, tak dihiraukan. Apa ni, kawan sendiri tak nak tolong. Macam mana nak tolong, sudah lingkungan pandangan mata dia hanya setakat 180° dan binokular? Pasti bukan dia. Jadi, kalau bukan mereka bertiga. Siapa lagi?
Kejadian di atas mengajar kita untuk berfikir sedalam mungkin tentang rutin seharian kita. Kita sering menyalahkan situasi malahan individu tertentu atas perkara yang berlaku. Tanpa berfikir panjang, kita terus membuat kesimpulan. Kita kena sentiasa beringat, setiap kejadian/perkara yang berlaku di dunia ini ada hikmah di sebaliknya. Allah s.w.t telahpun memberitahu kita melalui al-Quran yang mana, sesungguhnya setiap kesusahan ada kesenangan. Apa jua bentuk kesusahan/halangan yang kita hadapi pasti ada kesenangan, kerana janji Allah itu adalah pasti. Berfikir dengan waras akal untuk membuat sesuatu keputusan tidak cukup jika tidak disertai dengan iman. Saya sebagai salah seorang watak dalam cerita tadi, turut menyedari bahawa saya tidak seharusnya menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Saya sebagai seorang hamba-NYA seharusnya sedar betapa sikitnya ilmu yang saya miliki hingga tidak mampu untuk mengelakkan kejadian tersebut dari berlaku. Hikmah daripada kejadian tersebut mungkin tidak kelihatan sekarang dek kelemahan diri, tapi yang pastinya Allah lebih mengetahui segalanya. Moga-moga kita dapat berfikir sejenak tentang diri kita tentang apa yang kita telah lakukan selama ini. Wallahu’alam.

No comments: