Showing posts with label home sweet home. Show all posts
Showing posts with label home sweet home. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Thursday, November 24, 2011

Thursday, November 17, 2011

A Place Like No Other, Which Is?

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Tatkala zaman sekolah rendah...

~>waaahhhh~cantiknya KLCC dengan Menara Petronas, teringin nak pergi sana~
~>fuyooo~bestnya kat sunway lagoon~kan best kalau dapat mandi-manda kat sana~
~>eeiiihhh~monorel!teringin nak naik sekali, sekali pun jadila~
~>cantiknya pulau tu!!!aku nak pergi sana~
~>rupanya semenanjung tu ada banyak tempat menarik~bestnya, nak pergilah nanti~
~>salji!!!kenapa Malaysia takda salji!!!best jugak kat luar negara, ada salji~
and etc...

Tatkala zaman sekolah menengah...
~>aku nak g Mekah dengan Madinah!(baru lepas belajar ttg manasik Haji)
~>cantiknya padang tu~penuh dengan bunga tulip~mesti kat oversea ni~teringin nak pergi~
~>fuh!seven wonders of the world!!aku nak~
~>macam manalah pemandangan Bumi dari angkasa ea?nak tengok!
and etc...

Tatkala kat matrik...
~>hmmm......

Sekarang...
Aku nak pergi satu tempat jek!

HOME

Sekian, wassalam.

Saturday, September 17, 2011

Sweet Memories/Kenangan Terindah

Assalamualaikum and salam sejahtera,

Different person defines 'sweet memories' differently, but for me, my version of 'kenangan terindah' is 'ketika bersama dengan keluarga'. ^^
*I miss my family already like it had been a year :(

Wassalam.

Friday, July 15, 2011

tak sama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kebiasaannya, orang akan hepi kalau nak balik rumah terutamanya bila dah dapat cuti panjang macam kali ni, 2~3 bulan! Akan tetapi, lain pulak aku punya kronologi untuk pengembaraan balik ke rumah kali ni... Jadi, nak dipendekkan cerita bermulalah sesi mengemas dan menyimpan harta pusaka warisan turun-temurun barang-barang yang tak terkira banyaknya dan yang paling penting sekali kebanyakkannya disimpan malam sebelum nak balik last minute. Ada exam la, nak buat macam mana(alasan!). Mula-mula, ingatkan tak banyak lagi longgokkan para barang yang nak disimpan tapi bila start nak simpan tu baru tahu rupa-rupanya ada udang disebalik mee, eh salah, ada bertimbun lagi barang disebalik almari. Simpan punya simpan, ditambah lagi dengan take 5 nya entah dah berapa kali dah siap jugak akhirnya...alhamdulillah...sekali tengok jam pukul 3 pagi!!! Astaghfirullah...esok(pagi nanti sebenarnya, beberapa jam lagi...) flight aku jam 9 dan teksi datang amek jam 7! ok, off to bed.

Sekali bukak mata 6.30 pagi! harharhar!!!<=ketawa padan muka terhadap diri sendiri sebab banyak sangat take 5 time kemas barang and packing. Apa lagi, terus bersiap dan bukan main gelabah lagi sebab dah tersangat lewat k! Tak pernah lagi aku bangun lewat kalau nak balik rumah, ini first time bangun lewat serta very unprepared! So awkward! Pagi-pagi lagi dah berpeluh, pastu Encik Teksi call, rupanya dia salah tempat, dia pergi desasiswa Nurani. Syukurlah dia salah tempat, ada alasan tak sempat nak bersiap sepenuhnya. Sampai ja teksi tu, Encik Teksi tu terus cakap dia pergi salah tempat, aku senyum ja. hohoho...Sampai airport terus check in. Syukur tak over weight luggage tapi Encik Kaunter check in tu cakap kena bayar (tak ingat lagi) sebab tak bayar lagi untuk luggage!?huh!? ?_? Then, sebab dah bayar terpaksalah withdraw lagi sebab kot-kot mana tahu ada lagi sudden emergency macam tu. Keluar ja duit tu, eh mana kadnya tak keluar-keluar lagi ni? ok, stuck...~_~

Sampai kat airport Kuching dalam jam 1.45 p.m, then my family suruh tunggu pasal dorang on their way...
.
..
...
....
.....
......
3 p.m baru dorang sampai...x_x. Kami balik terus sebab ayah aku ada hal dia cakap dulu. toing~Menyimpang masuk Sri Aman rupanya dulu sebab ada Pesta Benak kat sana. Tapi dulu cakap ada hal, kalau nak pergi Pesta Benak cakap la awal-awal...sik madah awal...
berhenti sekejap kat sini...
Kalau nak tahu apa tu Pesta Benak, google search sendiri...
exhibition, typical Iban's traditional house(you should better hurry come to Sarawak if you wanna visit this kind of typical Iban's house a.k.a Long House because nowadays Long House got major upgrade<=promote sikit...macamlah ada orang nak baca...bak kata orang semenanjung, bajet ade orang nak bace...)
dari luar(please don't ask who are they, not my siblings...nor niece...just another visitor...)
exhibition, typical Sarawak Chinese traditional house
exhibition,typical Sarawak Chinese traditional house
exhibition,typical Melayu Sarawak traditional house
Semasa kat Sri Aman tu, aku belek-belek la wallet lusuh aku. Tiba-tiba, aku terlihat kad atm aku terpesorok kat situ...huh!?jadi, yang stuck hari tu apa?dush...bak kata kawan aku sorang tu, penempang baru tahu...haish, rupanya kad aku tak stuck, mungkin aku rushing sangat hari tu...tak pa lah...yang penting aku dah kat rumah sekarang ni...hihihi...<=sengih sorang-sorang...

Hari ahad barulah kami berangkat pulang straight to Betong, sampai jugak rumah...alhamdulillah...(jumaat balik dan sampai Sarawak)

Wassalam.

Friday, June 17, 2011

tak sabar nak balik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tak sabarnya nak balik rumah!!!huuuaaaaa!!!!!!!tapi esok ada exam!!!geerrrr!!!!

Sekian.

Thursday, June 2, 2011

Thinking of You

Assalamualaikum and salam sejahtera,

I have been thinking of you ever since our last encounter, I couldn't help it, my mind always thinking of you...I try to put you aside as I have tons of notes to be read, countless PBL to be attend, an examination to pass...How long it have been, it feels to me like ages had past, time faded away leaving behind our memorable memories...

But you know, soon we will able to meet again like many months ago, becoming the most effective remedy for my thirst of seeing you...Just wait for me, because I also, will be patiently waiting for the day to come, the day we will be reunite again, the day we meet each other...

HOME, I miss you...

Thursday, May 26, 2011

stress+excited

Assalamualaikum and salam sejahtera,

[Stress]
aetiology : exam
pathogenesis : study but cannot focus
management : none

[Excited]
aetiology : 1 month to go for home
pathogenesis : everyday think nothing except HOME
management : wait

[stress+excited]
pathophysiology :
though feeling very stress, but due to excitability thinking of home, my focus cannot be utilize to the fullest. plus, my brother already at home now(i guess) since he went back two days ago flying across the Laut China Selatan from Johor to Sarawak aggravating my feeling of excitability to go home.

complication : seriously I cannot focus right now!

When My servants Ask thee concerning Me, I am indeed Close (to them): I listen To the prayer of every Suppliant when he calleth on Me: Let them also, with a will, My call, Listen to And believe in Me: That they may walk In the right way. [al Baqarah 2:186]

Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran. [al Baqarah 2:186]

Wassalam.

Thursday, April 7, 2011

My Greatest Wish Has Come True

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

First of all, YEAY!!!!!!!eh!? Kenapa yeay tetiba ja ni? YEAY!!!!!! huhuhu...Cuti aku officially berakhir pada bulan September!!!! Tak sabarnya aku nak balik rumah, kalau macam tu nak buat count down balik rumahlah!hohoho....(lama lagi la,lagi 2 bulan lebih).

Beberapa hari lepas....

Monolog,"hmmm...Khamis ni 7/4/2011,tarikh dan hari yang ditunggu. Walau apapun, aku dah agak mesti start bulan 7 ni...hmmm...nak buat macam mana, dah kita ni hidup menumpang kenalah ikut rentak Tuai rumah. Lepas dorang umumkan hari tu nanti, terpaksalah aku bagi tahu dengan ayah aku dengan penuh kekecewaan, sedih, hampa, berat hati semua bercampur baur sekaligus macam dah jadi 'Sup Pasrah', lepas tu hidangkan supaya boleh makan dan hirup ramai-ramai sampai kekenyangan! Wujud ka 'Sup Pasrah' kat dunia ni? Agak-agaknya, macam manalah rasanya sup tu?=_=hmmm...eh!apsal tukar topik nih?Dari aku hirup 'Sup Pasrah' tu, lagi bagus aku bagi kucing minum!lari dari topik lagi...ok, lepas aku bagi tahu dengan ayah aku, bertambahlah kemurungan yang setelah sekian lama bersarang macam sarang labah-labah kt siling bilik aku ni. apalah maksud semua ni, aku belum nampak hikmahnya..."

Beberapa jam lepas....

kring...kring...kring...henfon ku berbunyi, mengingatkan aku bahawasanya dia telah menerima satu mesej baru, Inbox! tet...setelah butang 'open' ku tekan, beberapa lajur baris ayat dengan bait kata yang cukup ringkas tertera"Slm.*******,bolehla ko puasa n raya kt rumah tahun ni.medic all year confirm buka sem bulan 9.tahniah!" Spontan aku terus senyum memanjang ala-ala senyuman McD!?alolololo....(red indian mode sambil lompat kijang, huh! lompat kijang?macam mana tuh?)...ok, FYI, suma tu tak pena berlaku except senyum...hahaha...punyalah happy aku, syukur alhamdulillah. Rupa-rupanya Allah nak tunjukkan pelangi di balik kepulan awan mendung kat aku, Allah lebih mengetahui malah Maha Mengetahui segala-galanya...

Bila cakap pasal cuti ni, terus kebanyakan rarak-rarak (rakan-rakan sebenarnya, cuma dulu masa aku sekolah rendah pernah tertulis rarak-rarak dalam penulisan. and worst of all, my own father was the one who gave BM subject lesson for my class! Sunburn terus muka time tu depan rarak-rarak kelas yang lain...) aku yang lain buat plan, what so call, 'Wake Me Up When September Comes Holiday Planning'. Aku nak plan apa pula?hmmm...belaja balik drive kereta, belaja memasak, jumpa kawan-kawan yang setelah sekian lama tak kesampaian untuk bersua muka, tolong ajar adik aku yang tengah chronic study nya, main badminton setiap petang dengan adik-beradik aku, apa lagi?eh, semuanya indoor closely related activity. tak pa lah, yang penting aku dapat puasa dan raya kat rumah! Dan yang paling penting sekali, luangkan masa dengan keluarga. Inilah pertama kalinya aku berpeluang(insyaAllah) untuk berpuasa penuh sebulan dengan family aku setelah aku menginjakkan kaki aku memasuki alam sekolah menengah. Lupa, part-time!hahaha...aku nak keja apa jugak, bak kata mak aku "daripada hang pi kejaq, lagi baguh hang pi bersihkan halaman rumah tu!". Semua orang ada plan sendirik, bukan semua sama. Tak sabarnya nak balik rumah, macam manalah adik bongsu aku skang ni, setiap kali aku kol, dia x cakap kekok macam budak baru belaja lagi dah. Dia pandai suda cakap sendiri, kalo sebelum ni mak aku yang assist dia cakap, tolong bagi tahu apa yang perlu cakap, sebab kalau x, dia x bercakap langsung. Aku SS jekla time tu.huhu...

Apa yang aku ngarut ni, haish...cukuplah setakat ni, banyak sangat yang nak taip ni. Sendiri taip, sendiri gak baca. hahaha...

Wassalam.

Friday, January 28, 2011

Rindu?

Assalamua'alaikum dan salam sejahtera,


Sebagai manusia biasa bergelar Hamba Allah, kita takkan pernah terlepas daripada diulit perasaaan rindu. Rindu merupakan satu perasaan yang wujud secara semulajadi dalam diri setiap makhluk yang bergelar insan, dengan ungkapan yang lebih mudah, fitrah manusia. Adalah menjadi satu kebiasaan seorang insan diulit oleh perasaan rindu terhadap insan lain, rindu pada schoolmate, rindu pada chilhood-mate, rindu pada cikgu di sekolah, rindu pada saudara-mara, rindu pada kampung halaman, dan rindu pada keluarga...


Dalam banyak klasifikasi rindu, rinduku lebih pada keluarga di kampung halaman :

rindu pada keluarga + rindu pada kampung halaman = tak sabar nak balik???


Eh!?Betul ka formula yang aku buat ni?mmm..........@_@..........Bagi memastikan formula yang aku buat ni betul atau tak, perbincangan adalah satu kemestian!Baiklah sebelum memulakan perbincangan, suka saya ingatkan bahawa semua aspek perbincangan adalah berasaskan buah fikiran saya sendiri atau dengan kata lain pendapat saya sendiri. NO OFFENSE!haha..


Allah telah memberikan aku peluang untuk bernafas di muka bumi ciptaannya ini dalam keadaan Islam dan di negara yang bebas dari cengkaman api persengketaan yang berpanjangan. Sejak dari kecil, hatta ketika aku masih bergelar bayi lagi, aku telahpun hidup di bawah naungan rahmat-Nya dengan segala rezeki dan kemudahan yang diberikan. Ibuku telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang, tak kira apapun yang aku buat,  betul atau salah, pasti ibuku akan terus menjalankan tugasnya berdasarkan nalurinya sebagai seorang ibu. Hinggalah ke hari ini...Jadi seharusnya aku berterima kasih kepada ibuku, yang mana aku pasti tidak akan mampu untuk membalas jasanya sampai bila-bila pun. Oleh itu juga, aku patut memberikan rasa rinduku terhadap ibuku. Namun, siapa yang memberikan aku udara untuk bernafas?Siapa yang memberikan naluri keibuan terhadap ibuku?Siapa yang memberikan nikmat Islam kepadaku?Allah yang Maha Penyayang tidak pernah lupa dari memberikan tumpuan terhadapku...Lalu, seharusnya aku bersyukur kepada-Nya atas segala nikmat yang diberikan, dan aku juga seharusnya mewujudkan rasa rindu terhadap Allah dan bukannya terhadap ibuku semata-mata...


Pendidikanku bermula sejak aku berumur 6 tahun lagi dengan segala keperluan persekolahanku dibiayai oleh ayahku sepenuhnya. Tambahan lagi ayahku bertugas sebagai seorang guru, memudahkan lagi urusan persekolahanku walaupun terdapat sedikit 'conflict' ketika hari pertama hendak memulakan persekolahan...haha..Namun, aku tetap berterima kasih kapada ayahku atas segala pengorbanan yang telah dilakukan untukku hinggalah ke hari ini. Jadi, tidak salahlah sekiranya aku mencurahkan rasa rinduku terhadap ayahku. Namun, persoalannya, siapa yang memberi ilmu kepadaku? Siapa yang mengurniakan ilham kepadaku ketika menghadapi peperiksaan? Siapa yang memberikan rezeki kepada ayahku dalam menjalankan  tugasnya sebagai seorang guru? Allah yang Maha Pemurah akan sentiasa mengabulkan permintaan hamba-Nya tak kira siapapun termasuklah aku. Justeru, aku sewajarnya bersyukur atas nikmat Allah dan rasa rinduku harusku tumpahkan pada-Nya...


Aku sememangnya tidak pernah berasa kesunyian ketika berada di rumah kerana aku merupakan anak ketiga dari 6 adik-beradikku yang lain. Tatkala kebosanan, merekalah teman sepermainan. Tatkala kerunsingan, merekalah penawar. Tatkala kena marah? Merekalah juga kena marah sekali..haha..Namun, siapa yang memberikan aku akal untuk berfikir bagi memahami sikap mereka? Siapa yang mengekalkan hubungan silaturahim kami? Allah yang Maha Mengatahui jualah yang membenarkan segalanya. Lantas aku bersyukur pada-Nya. Namun, sekali lagi patutkah aku sekadar memberikan rasa rinduku terhadap mereka semata-mata? Rinduku sepatutnya terhadap Dia terlebih dahulu...


Aku membesar di sebuah kampung halamanku dengan pelbagai kenangan manis dan pahit bersama rakan-rakanku yang lain. Kampungku merupakan perkampungan Melayu terbesar di Sarawak(dulu) dengan kepadatan pendukuk melebihi 5000 orang. Pelajar sekolah rendah hanya dalam kira-kira 900 orang sahaja. Kampungku aman disebabkan kedudukan geografinya berada dalam negara Malaysia. Aku semangnya rindu pada kampung halamanku...Bak kata pepatah, 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri'. Namun, siapa yang memberikan keamanan ini? Lebih penting lagi, siapa yang menciptakan tanah yang aku pernah pijak di kampung halamanku dulu? Aku seharusnya bersegera meletakkan rasa rinduku terhadap penciptaku dan pencipta sekalian makhluk...


Kesimpulannya, aku perlu membetulkan formula ku :


rindu pada keluarga + rindu pada kampung halaman = RINDU PADA ALLAH


Sandarkan rindu pada keluarga dan kampung halaman kepada Allah. Insya-Allah.


p/s : sebenarnya, apa maksud 'No Offense'?mcm mana nk guna?saya sendiri tak tahu sebenarnya..haha..

Saturday, September 26, 2009

Cuti Raya yang Meletihkan

Assalamualikum n salam sejahtera,


Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H walaupun hari ini sudahpun masuk raya ke-7, Maaf Zahir dan Batin.
Selari dengan tajuk kali ini, saya ingin menceritakan tentang cuti raya pada tahun ini. Ini bermaksud, fokus utama tajuk kali ini adalah perjalanan cuti raya saya untuk tahun ini. Tentulah saya akan ceritakan jugak raya saya kali ini.
18-09-2009 : Jumaat
Ini merupakan hari yang aku tunggu, BALIK KAMPUNG!!! Memang tak boleh dinafikan, balik dalam keadaan berpuasa agak meletihkan. Sampai saja di Kuching, saya tidak terus balik ke kampung, tapi tinggal sekejap di rumah ayah saudaraku. Sebabnya, perjalanan dari Kuching ke kampung ku jauh, kira-kira 4-5 jam. Jadi, mahu ke tak, kena juga tinggal kat sana.
19-09-2009 : Sabtu
Hari ini, aku meneruskan perjalananku untuk balik ke kampung bersama-sama dengan pak cikku. Memang perjalanan memakan masa 4-5 jam, tapi ia lebih dari tu. Sebabnya? Berhenti sekejap untuk berehat, penat kan memandu. Saya pun, bersabar. Maklumlah menumpang kereta pak cik. Setelah lama berjalan, tentu sampai jugak kn? Jadi sampailah ke destinasi..KAMPUNG BELADIN!!!Syukurlah, akhirnya sampai jugak walaupun penat yang teramat sangat. Malam tu merupakan malam penentuan, Berdebar rasanya bila nak tunggu pengumuman tu. Kalau ikutkan hati, saya nak raya tu jatuh hari Isnin. Sebabnya? Nak jugaklah rasa berpuasa kat rumah bersama keluarga kan? Tapi, ia telah pun di tetapkan. Sebenarnya, saya belum bersedia untuk beraya keesokan paginya. Sebabnya? Letih...Walaubagaimanapun, Raya kena di teruskan jugak. Baru je 15 minit pengumuman tu di buat, dh ada sms dihantar. Syukurlah, tapi malangnya malam tu henfon saya tak mencukupi kreditnya. Jadi, keesokan paginya, saya tak dapat nak balas mesej yang datang berpusu-pusu. Maaf dipinta kepada kawan-kawan yang mana saya terlewat balas mesej tu.
20-09-2009 : Ahad
Di pagi lebaran, ingin ku menadah kedua tangan memohon maaf atas....Dh berlalu pun. Tapi, tak terlambat jugak kan? Tak kisahlah, yang penting pagi tu saya Solat Sunat Aidilfitri bersama Ayah saya dan bermaaf-maafan sesama keluarga. Lepas habis solat tu, Ayah saya nak pergi kenduri makan. Saya pun nak ikut, jadi kami balik rumah dulu. Sampai je kat rumah, perut terus mengalas. Apa lagi, tandaslah jawabnya. Kemudian, bila keluar tandas tu, Ayah saya dah pun pergi kenduri bersama abang n adikku. Saya pulak? Rasa malu nak pergi sorang-sorang, jadi tak pergilah. Sedih jugak, sebab takda orang tunggu. Buat tak tahu jelah...Pastu, kami pergi tanah perkuburan, ziarah kubur arwah Datuk dan Nenek sebelah ayah dan emak. Sampai kat tanah perkuburan, saya pun baca surah Yaasin bersama ayah saya. Jadi kami pun bacalah, baca punya baca, terlintas di fikiran...Cepat betul masa berlalu, Datuk, Nenek dah pun pergi menyahut seruan Ilahi. Kebetulan pulak masa tu ada jenazah yang hendak di kebumikan, terasa hati ini mengenangkan dosa-dosa semalam...
Apa-apa pun, berbalik pada cerita tadi. Petang tu, ada lagi kenduri makan. Lepas Asar, jadi saya tak melepaskan peluang ni dan pergi...bersama ayah, adik dan abang. Emak pulak, kat ruang dapur. Tolong orang sediakan makanan. Dapat jugak peluang makan kenduri, syukur. Malam tu, tak pergi mana-mana lagi, berehat.
Ops..tengah hari tu sibuk balas mesej kawan, baru dapat reload.
21-09-2009 : Isnin
Pagi tu, Ayah saya pergi kenduri lagi. KENDURI LAGI!?RUMAH TERBUKA MANA? He2..kalau nak, itu kena usaha sendiri. Rumah terbuka memang sentiasa ada, cuma ia menunggu kedatangan tetamu. Saya tak pergi, sebabnya? Takda kawan nak pergi sama, sebab tu saya pergi ikut ayah saya saja. Abang saya pulak, lain cerita. Dia ada kawan sekampung, saya pulak sumanya kat kampung lain. Jauh lagi tu. Eh, tadi Ayah saya pergi kenduri, tapi saya tak ikutlah. Duduk kat rumah je. Petang tu barulah saya ikut, satu keluarga pergi. Study? ada, tapi beberapa slides lecture notes je. Itupun, hmm....tak payah cakap lah, lebih kurang cam tak study pun sebenarnya.
22-09-2009 : Selasa
Kehidupan diteruskan seperti biasa, suasan raya mula menyusut dalam diriku. Tak macam masa kecik-kecik dulu. Kalau raya, nun satu kampung pergi berjalan sampai petang. Emak kadang-kadang bising sebab lewat balik rumah. Mercun dan bunga api tu, tak payah cerita lagilah. Dah jadi satu kemestian masa tu. Tapi, bila dah meningkat dewasa ni suasana tu mula menghilang. Bukan menghilang, dah hilang pun sebenarnya. He3....
23-09-2009 : Rabu
Saya dah mula melangkahkan kaki untuk meninggalkan kamping halaman. Saya dan keluarga saya berangkat untuk pergi ke Kuching, sebabnya? Nak hantar saya baliklah, flight hari Sabtu. Haaa....Eh! Napa awal sangat? Kan hari Jumaat tu bleh pergi? Camni sebenarnya, kami bukannya pergi ke Kuching terus. Kami pergi ke kampung Tanjung Assam( jgn tanya napa nama begitu, saya pun tak tahu), tempat Ayah saya mengajar.
Tutorial : (nak promote sikit)
Dari Beladin nak pergi Kuching, kena lalu Bahagian Sri Aman dan Samarahan dulu. Beladin dan Tg Assam, kedua-duanya kat bahagian Betong. Camni susunannya, Betong dulu, pastu Sri Aman, Samarahan dan akhir sekali Kuching. Beladin, berbanding dengan Tg Assam, Tg Assam lebih dekat Sri Aman. @#*&*?". Pening sudah? Takpa, yang penting tahu yang mana dekat dengan Kuching, yang mana jauh. Kalau nakkan kepastian, kindly go to Google Maps....
Jadi, kami bermalam di Tg Assam untuk satu malam. Petang tu baru kami bertolak pergi dari Beladin ke Tg Assam. Tinggal kat rumah perguruan/kuarters. Malamnya? Berehat....
24-09-2009 : Khamis
Keesokannya, kami bersiap untuk pergi ke Sri Aman. Macam biasa, pagi bersiap, petang bertolak. Malamnya? Berehat....Walaupun saya dah terbiasa dengan keadaan begitu, tapi cuti kali ini hanya 1 minggu berbanding dengan kat matrik dulu, 2 minggu...Jadi, keletihan tu jelas terasa.
25-09-2009 : Jumaat
Kali ni lain sikit, kami bertolak sebelah pagi menuju ke Kuching. Sebab kalau bertolak petang, lewat petang baru sampai, dengan kata lain, malam. Jadi, kenalah bertolak pagi. Petang tu, kami sekeluarga pergi jalan-jalan sekejap kat Kuching. Beli barang sikit, maklumlah dah ada Ayah tolong bayarkan, jadi...hmm...tahu2 jelah. Kat Kuching tu, kami bermalam di rumah Pak Cik ku(bkn pak cik saya yang tumpangkan saya balik kampung tadi). Bila kami balik dari berjalan-jalan tadi, orang kat rumah tu sibuk dengan persiapan nak buat rumah terbuka(lebih kurang kenduri, tapi kecil-kecilan). Saya pulak? Bingung, tak tahu nak buat apa? Mengejut tu sebenarnya, tuan rumah buat last minute, saya pun tak tahu nak buat apa. Tolong sikit pun jadilah, kan? Jadi, bila dah sampai masa makan tu, saya pun makanlah. Lepas tu, saya pun baring2 sekejap, main sms, mesej dengan kawan sampai terlelap. Jadi, malam tu, siapa yang sms saya tu, tapi tak dapat balas dari saya, seribu kemaafan di pinta sebab saya dah pun tidur masa tu. Letih sangat.
26-09-2009 : Sabtu
Akhirnya tiba masa untukku pergi bertolak balik ke kampus...masa untuk meninggalkan tanah tumpah darahku, Sarawak Bumi Kenyalang. Dalam masa yang sama, berpisah dengan keluarga. Lepas ini, saya sendiri pun tak tahu bila lagi saya ada peluang nak balik ke kampung. Jadi, bila nak board masuk flight tu, sedih hati ini tatkala berjabat tangan dengan Ayah dan Emak. Namun, kehidupan mesti di teruskan. Saya pun bertolak pergi ke Kuala Lumpur sebelum pergi ke Kelantan. Rasanya itu saja yang ingin saya kongsikan setakat ini. Maaf kalau takda gambar raya, terlupa nak save.
Kesimpulan :
Letih? Ya, memang. Tapi, yang saya paling gembira adalah kami sekeluarga dapat berkumpul bersama. Sebabnya? Peluang ini jarang ditemui, cuma waktu raya saja kami sekeluarga dapat berkumpul bersama. Itulah pengubat rindu+letih.
Rinduku terubat tatkala melihat wajah keluargaku, lantas semuanya kembali normal. Menjalani kehidupan di rumah seperti biasa, rindu yang terubat lantas dilupakan. Tapi, bila berjauhan lagi, rindu kembali menerpa ke jiwa. Hanya doa saja yang mampu disampaikan walau tak kedengaran tatkala berada di perantauan. Inilah lumrah kehidupan seorang yang hidup di perantauan, berjauhan dengan keluarga.
Wassalam.