Friday, July 31, 2009
Hari Keluarga PPSG
Salam..
Kali ni saya nk cerita sikit tentang Hari Keluarga PPSG yang mana ia diadakan pada sebelah pagi,jam lebih kurang 8:30 pg(walaupun lambat mula,sebab jam 8:30 tu baru nak melangkahkan kaki ke 'tapak perjumpaan'). Jadi, banyak jugaklah aktiviti yang diadakan, tapi kebanyakkannya lebih kepada sukaneka kecuali bola sepak dan bola tampar.
Kalau nak bagitahu semua perjalanan program ni, alamat tak habislah. Jadi, nak dipendekkan cerita..best jugaklah. Cuma masa main bola sepak tu. Memang melucukan jugaklah bila difikirkan balik(syok sendiri ke?). Mana taknya, saya ni yang tak biasa main bola, tiba2 jer kena main bola. Bukan saya sorang jer, member2 yang lain pun ada. Maksud saya 1st year la. Masa main bola, saya boleh rasakan betapa 'tense'nya suasana. Tapi taklah tegang sangat, sikit jer. Seronok jugak bila tengok kawan sekaki tengah main bola. Yang paling teruk sekali, masa last match kumpulan kami, saya disuruh jadi keeper!!!Alahai,malang sunnguh. Lepas tu, masa nak tangkap bola tangan ter...lebih kurang terseliuh sikit. Apa-apa pun, saya jugak sempat menyelamatkan beberapa serangan walaupun akhirnya bolos jugak..he2..
Lepas tu, masa permainan 'makan epal', punyalah susah nak makan epal yang tergantung. Lepas tu, saya nampak member lain guna tangan(tak boleh guna tgn, malahan di ikat lagi) jadi apa lagi, guna tangan jugaklah. Sama jugak masa jalan atas batu-bata tu, saya banyak sekali kaki menginjak tanah. Urusetia tak tegur, jadi saya tak kisahlah. Tak pun mereka tak nampak..
Rasanya sampai setakat ini jelah buat masa sekarang. Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment