Thursday, April 14, 2011

Sutera Bidadari

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sutera Bidadari - sebuah ceritera epik thriller

SAIFUDDIN - muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Tahgut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

RAJA ROMAN – Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya… Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan (Saifuddin) sehingga ke hujung nyawa.

MAKHLUK SUMPAHAN – Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifuddin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi sering memerangkap Saifuddin ke alam tidak berdinding.

SAIFULLAH – Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifuddin yang pernah hidup pada tahun 1511.

RAMLEE AWANG MURSHID – Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.

Sutera Bidadari - sebuah ceritera epik thriller

Sekian, wassalam.

No comments: