Sunday, February 14, 2010

Still Far Away


                          

Assalamualaikum and peace be upon,

As time goes by, our life still goes on until THAT MOMENT comes. But, we never think that moment would be very close to us. So close, even ourself didn't realize its presence. Whether we realize it or not, its always be at our side we ever we go. It does not just started when we woke up early in the morning, it's already stated in the Qada' and Qadar. Only HE knows when is the time. As one of HIS creation, it's natural(fitrah) for us to be prepare for the upcoming moment. But, before the moment comes, our journey so with our life are still far away.

In this 21st century world, obstacles and difficulties are coming like the ocean wave striking the seashore. We always get busy with our daily life activities from early in the morning as the sun are about to shine its golden ray until night has come whenever sun is losing its ray. Studying, working, meeting, and a lot more, all of them require high rate of focus. Sometimes, we get too focus on certain activity and then we realize time already pass very quickly. Almost everyone already experience such situation whenever our passion is fully optimized. We always heard, 'life isn't fair' and we always blame on other thing on particular event that occur. Our life is shape by our own hand, if we were to say life isn't fair, we were actually blaming ourselves but in the same time we keep blaming others. 'We are only able to plan, Allah will give out the result', so what we really need to do is plan carefully while in the same time Istiqamah in our Doa to HIM.

Yet, its still far away. Life must goes on, only our own strong will are able to keep us standing and ofcourse with HIS guide. But sometimes, we feel unrestless. Something bothering us but we can't figure it out, and even if we try many times through various means we still feel unrestless. Unrestless inside ourself, affecting our action on others unconciously which giving us more pressure. We come to our sense to seek for HIS help, putting aside all of our problem. Every moment, our heart is in the remembrance of HIM. We do everything we could affort to put ourself in calmness. Yet, we still feel lack of something. We already do everything on the manuals, i'tiqaf, solat sunat, qiamullail, doa days and night. What are we still lack of? Eventhough THAT MOMENT seem to be very far away from our senses as well as our sight, the truth is its very close and we are running out of our time. Whether we realize it or not, we already done our rights to Allah but what about to human? Especially our own brothers and sisters, did we already done our rights to them? That question could only be answer by ourself because others can't see what lies deep in our heart.

For some individual, maybe they have other thoughts on this situation depending on their status. Problems and difficulties could be totally different for different individuals. It's up to us to shape our own life. Everything already stated in the manuals as well as tazkirah(commemoration) that we have in our knowledge. Whatever we do, wherever we go, the term still far away only a fantasy which blind our sight from the true aim as HIS creation. Keep saying, It is Not Far, Just Aside Us all the Time. Wassalam.

Friday, January 8, 2010

"Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya bersuara juga blog ni. Bukannya saya tak nak update blog ni, tapi tak ada idea nak postkan apa. Tambahan dek kekangan masa yang tak menentu. huhu...

Kali ni saya nak utarakan pendapat saya tentang isu yang hangat kat Malaysia ni. Memang agak kurang sesuai untuk saya utarakan isu ini memandangkan ia isu yang agak sensitif. Jadi saya sekarang cuma meluahkan sekadar sedikit saja dan tidak lebih dari apa yang patut.

Rasanya semua dah tahu apa isu yang saya maksudkan, penggunaan nama Allah oleh bukan Muslim. Setelah Mahkamah Tinggi memutuskan untuk membenarkan penggunaan nama Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald pada 31 Disember lalu pelbagai kontroversi telah timbul. Namun seperti yang saya tegaskan tadi, saya tidak akan mengulas dengan lebih dalam tentang perkara ini. Tapi, saya cuma ingin mengajak anda semua berfikir sedalamnya tentang perkara ini sebelum membuat sesuatu keputusan.

Sememangnya tindakan melemparkan bom api terhadap beberapa buah Gereja  adalah tidak wajar. Malahan Perdana Menteri sendiri mengutuk perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Tapi, apa kaitannya dengan tajuk post saya kali ini? Cuba kita fikir, implikasi isu ini sememangya agak tinggi terhadap negara kita. Seperti apa yang berlaku terhadap sesetengah gereja, memang tidak dapat dinafikan bahawa ada sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan. Kalau isu ini semakin melarat oleh tindakan sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab dan bertindak mengikut emosi, lambat-laun negara kita juga yang rugi. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Memang betul isu ini secara permukaannya tidak boleh dibandingkan dengan nila setitik yang begitu sedikit kuantitinya. Isu ini bukannya isu yang remeh. Tapi kalau kita banding secara kualitinya, nila mempunyai kepekatan yang tinggi hinggakan boleh merosakkan susu sebelanga. Begitu juga isu ini yang secara dasarnya adalah serius. Hanya kerana isu ini yang diselesaikan secara tidak professional, timbul salah faham yang boleh menjurus kepada perpecahan kaum di Malaysia. Secara tidak langsung, peranan sesetengah pihak yang tidak bertanggunjawab akan melemahkan negara kita dari dalamannya. Ini boleh menyebabkan negara kita terdedah terhadap ancaman luar. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga dan kerana timbul salah faham, negara terdedah pada ancaman luar.

Sebagai seorang manusia yang mempunyai otak untuk berfikir dan akal untuk membezakan perkara baik dan buruk, kita sepatutnya berfikir sewajarnya sebelum melakukan atau meluahkan sesuatu supaya perkara yang tidak diingini terus diam membisu.

Saya sebagai seorang Muslim, yang kurang arif akan perkara ini, akan merujuk kepada individu yang lebih dalam ilmu dan kefahaman mereka terhadap perkara ini. Wallahualam.

Thursday, December 3, 2009

Edited"Setiap klik $0.50?"

Previous post...

Salam,

Kali ni saya ingin berkongsi tentang sumbangan kita terhadap Yahudi dalam membantu mereka untuk menindas dan membunuh saudara kita di Palestin. Sedar atau tidak, kita secara tidak langsung telah menyumbang kepada perbelanjaan untuk peperangan di Gaza terhadap saudara kita sendiri oleh orang Yahudi! Bagaimana? Tak cukupkah boikot kita terhadap produk mereka? Saya sendiri tidak tahu, rangkaian penghubung kenalan, Facebook merupakan salah satu daripada sumber kewangan pihak Yahudi untuk memerangi saudara kita di Palestin hinggalah kawan saya mengingatkan akan hal ini. Jikalau ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini, sila layari :

http://nothingville90.blogspot.com/2009/12/facebook-propaganda-yahudi.html#comment-form

Begitu banyak saluran yang di gunakan oleh Yahudi untuk memerangi saudara kita di Palestin, hinggakan kita tidak sedar. Peringatan dari kawan saya ini telah membuat saya berfikir sejenak, apa yang telah saya lakukan untuk membantu saudaraku di Palestin sana? Ujian dan dugaan dunia begitu banyak hinngakan diriku terlupa dan leka akan mengingati Yang Maha Esa. Saya menyedari akan kelemahan diriku ini, langsung tidak mampu melakukan apa-apa untuk membantu saudarku sendiri. Dalam sibuk dengan urusan duniawi, diriku kian hanyut di bawa arus dunia yang tak berkesudahan. Kini, aku sedar diriku sangat lemah dalam mengharungi ujian dari-NYA. "Ujian adalah Tarbiyah dari Allah, apakah kita akan sabar? Ataupun sebaliknya...."

Recent post...

Sebenarnya saya cuma ingin mengajak anda semua berfikir dengan sebaiknya tentang isu yang saya ketengahkan ini. Jadi, untuk mengetahui lebih jelas tentang hal tersebut sila klik pautan berikut :

http://saifulislam.com/?p=6714
 
Selepas saya baca artikel tersebut, ada betul jugak hujah yang Ustaz Hasrizal(penulis blog Saifulislam) ketengahkan. Tapi, terus-terang saya bagi tahu saya sendiri sebenarnya semakin pening bila baca post tu..lol..Walau bagaimanapun, saya kena ada pendirian sendiri tentang hal ini dan masih mencari jawapan yang pasti(tak ada jawapan yang TEPAT di dunia ini melainkan daripada al-Quran dan as-Sunnah). Sebelum mengundur diri, mohan maaf kalau telah membuatkan anda keliru, sama-samalah kita dibuai kekeliruan..huhuhu..

p/s : kalau perasan, saya selalu letak link URL daripada terus 'copy and paste' sesebuah artikel,kan?sebenarnya,(bkn nk bgthu dragonball ada 7 bijik sumanya) saya rasa artikel seseorang itu tak ubah macam hak cipta terpelihara tuan empunya blog/laman sesawang walaupun tak ada pada hakikatnya. tapi, sebagai tanda menghormati tuan empunya blog jadi...

Sunday, October 25, 2009

Nak Salahkan Siapa?

Pada suatu hari yang cerah, Sallihin dengan 2 orang lagi kawannya(M dan N,x leh bgthu nma) mengorak langkah menuju ke kafe Harmoney. Perut kosong memaksa 3 sekawan ini untuk menjamu selera di kafe yang serba indah dengan rekaan dalaman yang begitu memukau mata. Sebaik sahaja kaki mereka mencecah lantai mozek kafe tersebut, lantas ketiga-tiga pasang mata mereka melilau mencari tempat duduk yang kosong. Setelah sasaran dikenal pasti, isyarat dalam bentuk gelombang masuk menembusi kornea lalu meluru masuk melalui iris yang agak mengecil setelah merentasi ruang air aqueous humor. Isyarat dihantar ke otak dalam bentuk gelombang elektrik oleh neuron sensor yang mana rods dan cones berperanan dalam menukarkan maklumat tadi ke dalam bentuk gelombang. Setelah diinterpretasikan oleh otak, kaki mereka pula bertindak untuk mencapai sasaran. Sepantas kilat, sasaran telah dikepung.
Sekarang, mereka meneruskan perjuangan untuk menjamu selera bagi memastikan internal environment mereka adalah pada tahap normal. Dipendekkan cerita, mereka bertiga bersedia untuk bangkit dari tempat duduk setelah puas menjamu selera, mengisi kekosongan perut. Bangkitlah M dari tempat duduk dia yang mana dia berhadapan dengan Sallihin. Sallihin pun turut berbuat demikian untuk mencuci tangan yang agak comot dek makanan. Tanpa disedari, Sallihin dengan hati yang senang-lenangnya terus berjalan tanpa mengendahkan suasana persekitaran. Tiba-tiba…ops…Sallihin tersadung kaki N!!! Apa lagi!? Tersungkur? Dengan tindakan reflek yang pantas dari Sallihin, dia sempat menyelamatkan keadaan! Akan tetapi...Refleknya menghantar isyarat ke otot rangka tangannya bertindak untuk bertahan pada meja bersebalahan dari terus tersungkur jatuh.Ah!? Albert Einstein and da geng! Alamak, kenapa meja mereka pulak!??? Dengan penuh segan-silunya Sallihin memohon maaf kepada ‘Einstein’ atas gangguan yang dilakukannya sebentar tadi. Muka merah padam mengiringi Sallihin menuju ke sinki tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan lagi, menyedari tindakannya menjadi perhatian sesetengah individu di kafe tersebut. “MALUNYA!!!! Kenapa mesti berlaku hari ni!!!!” kata hati kecil Sallihin. Sallihin dan kawan-kawannya ketawa sesama mereka sendiri dengan niat untuk menahan malu... Matlamat tercapai, malu menemani.
Jadi, siapakah yang bersalah dalam hal ini? Sallihin? Dengan sebab dia tak berhati-hati dalam tindak-tanduknya? Memang menjadi kebiasaan kita untuk berbuat seperti mana yang telah dilakukan eloh Sallihin, bangkit dari meja kemudian terus berjalan dari tempat tersebut. Mata dan fikiran kita difokuskan untuk perkara lain sebaik sahaja kita bangkit dari tempat duduk. Jadi, kesalahan ini tidak mengaitkan Sallihin secara langsung dalam hal ini. Kalau bukan Sallihin, siapa? N? Kalau diperhatikan, memang salah N. Dia mengunjurkan kaki keluar tanpa mangendahkan Sallihin yang baru saja berlalu. Tapi, dia berniat untuk keluar, bangkit dari tempat duduk dia. Dia tidak perasan akan Sallihin. Jadi, N tidak bersalah dalam hal ini.(ke, mmg disengajakn?hu3…). M pulak? Tanpa menoleh ke belakang, dia terus berjalan. Kawannya di belakang, tak dihiraukan. Apa ni, kawan sendiri tak nak tolong. Macam mana nak tolong, sudah lingkungan pandangan mata dia hanya setakat 180° dan binokular? Pasti bukan dia. Jadi, kalau bukan mereka bertiga. Siapa lagi?
Kejadian di atas mengajar kita untuk berfikir sedalam mungkin tentang rutin seharian kita. Kita sering menyalahkan situasi malahan individu tertentu atas perkara yang berlaku. Tanpa berfikir panjang, kita terus membuat kesimpulan. Kita kena sentiasa beringat, setiap kejadian/perkara yang berlaku di dunia ini ada hikmah di sebaliknya. Allah s.w.t telahpun memberitahu kita melalui al-Quran yang mana, sesungguhnya setiap kesusahan ada kesenangan. Apa jua bentuk kesusahan/halangan yang kita hadapi pasti ada kesenangan, kerana janji Allah itu adalah pasti. Berfikir dengan waras akal untuk membuat sesuatu keputusan tidak cukup jika tidak disertai dengan iman. Saya sebagai salah seorang watak dalam cerita tadi, turut menyedari bahawa saya tidak seharusnya menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Saya sebagai seorang hamba-NYA seharusnya sedar betapa sikitnya ilmu yang saya miliki hingga tidak mampu untuk mengelakkan kejadian tersebut dari berlaku. Hikmah daripada kejadian tersebut mungkin tidak kelihatan sekarang dek kelemahan diri, tapi yang pastinya Allah lebih mengetahui segalanya. Moga-moga kita dapat berfikir sejenak tentang diri kita tentang apa yang kita telah lakukan selama ini. Wallahu’alam.