Saturday, September 26, 2009

Cuti Raya yang Meletihkan

Assalamualikum n salam sejahtera,


Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H walaupun hari ini sudahpun masuk raya ke-7, Maaf Zahir dan Batin.
Selari dengan tajuk kali ini, saya ingin menceritakan tentang cuti raya pada tahun ini. Ini bermaksud, fokus utama tajuk kali ini adalah perjalanan cuti raya saya untuk tahun ini. Tentulah saya akan ceritakan jugak raya saya kali ini.
18-09-2009 : Jumaat
Ini merupakan hari yang aku tunggu, BALIK KAMPUNG!!! Memang tak boleh dinafikan, balik dalam keadaan berpuasa agak meletihkan. Sampai saja di Kuching, saya tidak terus balik ke kampung, tapi tinggal sekejap di rumah ayah saudaraku. Sebabnya, perjalanan dari Kuching ke kampung ku jauh, kira-kira 4-5 jam. Jadi, mahu ke tak, kena juga tinggal kat sana.
19-09-2009 : Sabtu
Hari ini, aku meneruskan perjalananku untuk balik ke kampung bersama-sama dengan pak cikku. Memang perjalanan memakan masa 4-5 jam, tapi ia lebih dari tu. Sebabnya? Berhenti sekejap untuk berehat, penat kan memandu. Saya pun, bersabar. Maklumlah menumpang kereta pak cik. Setelah lama berjalan, tentu sampai jugak kn? Jadi sampailah ke destinasi..KAMPUNG BELADIN!!!Syukurlah, akhirnya sampai jugak walaupun penat yang teramat sangat. Malam tu merupakan malam penentuan, Berdebar rasanya bila nak tunggu pengumuman tu. Kalau ikutkan hati, saya nak raya tu jatuh hari Isnin. Sebabnya? Nak jugaklah rasa berpuasa kat rumah bersama keluarga kan? Tapi, ia telah pun di tetapkan. Sebenarnya, saya belum bersedia untuk beraya keesokan paginya. Sebabnya? Letih...Walaubagaimanapun, Raya kena di teruskan jugak. Baru je 15 minit pengumuman tu di buat, dh ada sms dihantar. Syukurlah, tapi malangnya malam tu henfon saya tak mencukupi kreditnya. Jadi, keesokan paginya, saya tak dapat nak balas mesej yang datang berpusu-pusu. Maaf dipinta kepada kawan-kawan yang mana saya terlewat balas mesej tu.
20-09-2009 : Ahad
Di pagi lebaran, ingin ku menadah kedua tangan memohon maaf atas....Dh berlalu pun. Tapi, tak terlambat jugak kan? Tak kisahlah, yang penting pagi tu saya Solat Sunat Aidilfitri bersama Ayah saya dan bermaaf-maafan sesama keluarga. Lepas habis solat tu, Ayah saya nak pergi kenduri makan. Saya pun nak ikut, jadi kami balik rumah dulu. Sampai je kat rumah, perut terus mengalas. Apa lagi, tandaslah jawabnya. Kemudian, bila keluar tandas tu, Ayah saya dah pun pergi kenduri bersama abang n adikku. Saya pulak? Rasa malu nak pergi sorang-sorang, jadi tak pergilah. Sedih jugak, sebab takda orang tunggu. Buat tak tahu jelah...Pastu, kami pergi tanah perkuburan, ziarah kubur arwah Datuk dan Nenek sebelah ayah dan emak. Sampai kat tanah perkuburan, saya pun baca surah Yaasin bersama ayah saya. Jadi kami pun bacalah, baca punya baca, terlintas di fikiran...Cepat betul masa berlalu, Datuk, Nenek dah pun pergi menyahut seruan Ilahi. Kebetulan pulak masa tu ada jenazah yang hendak di kebumikan, terasa hati ini mengenangkan dosa-dosa semalam...
Apa-apa pun, berbalik pada cerita tadi. Petang tu, ada lagi kenduri makan. Lepas Asar, jadi saya tak melepaskan peluang ni dan pergi...bersama ayah, adik dan abang. Emak pulak, kat ruang dapur. Tolong orang sediakan makanan. Dapat jugak peluang makan kenduri, syukur. Malam tu, tak pergi mana-mana lagi, berehat.
Ops..tengah hari tu sibuk balas mesej kawan, baru dapat reload.
21-09-2009 : Isnin
Pagi tu, Ayah saya pergi kenduri lagi. KENDURI LAGI!?RUMAH TERBUKA MANA? He2..kalau nak, itu kena usaha sendiri. Rumah terbuka memang sentiasa ada, cuma ia menunggu kedatangan tetamu. Saya tak pergi, sebabnya? Takda kawan nak pergi sama, sebab tu saya pergi ikut ayah saya saja. Abang saya pulak, lain cerita. Dia ada kawan sekampung, saya pulak sumanya kat kampung lain. Jauh lagi tu. Eh, tadi Ayah saya pergi kenduri, tapi saya tak ikutlah. Duduk kat rumah je. Petang tu barulah saya ikut, satu keluarga pergi. Study? ada, tapi beberapa slides lecture notes je. Itupun, hmm....tak payah cakap lah, lebih kurang cam tak study pun sebenarnya.
22-09-2009 : Selasa
Kehidupan diteruskan seperti biasa, suasan raya mula menyusut dalam diriku. Tak macam masa kecik-kecik dulu. Kalau raya, nun satu kampung pergi berjalan sampai petang. Emak kadang-kadang bising sebab lewat balik rumah. Mercun dan bunga api tu, tak payah cerita lagilah. Dah jadi satu kemestian masa tu. Tapi, bila dah meningkat dewasa ni suasana tu mula menghilang. Bukan menghilang, dah hilang pun sebenarnya. He3....
23-09-2009 : Rabu
Saya dah mula melangkahkan kaki untuk meninggalkan kamping halaman. Saya dan keluarga saya berangkat untuk pergi ke Kuching, sebabnya? Nak hantar saya baliklah, flight hari Sabtu. Haaa....Eh! Napa awal sangat? Kan hari Jumaat tu bleh pergi? Camni sebenarnya, kami bukannya pergi ke Kuching terus. Kami pergi ke kampung Tanjung Assam( jgn tanya napa nama begitu, saya pun tak tahu), tempat Ayah saya mengajar.
Tutorial : (nak promote sikit)
Dari Beladin nak pergi Kuching, kena lalu Bahagian Sri Aman dan Samarahan dulu. Beladin dan Tg Assam, kedua-duanya kat bahagian Betong. Camni susunannya, Betong dulu, pastu Sri Aman, Samarahan dan akhir sekali Kuching. Beladin, berbanding dengan Tg Assam, Tg Assam lebih dekat Sri Aman. @#*&*?". Pening sudah? Takpa, yang penting tahu yang mana dekat dengan Kuching, yang mana jauh. Kalau nakkan kepastian, kindly go to Google Maps....
Jadi, kami bermalam di Tg Assam untuk satu malam. Petang tu baru kami bertolak pergi dari Beladin ke Tg Assam. Tinggal kat rumah perguruan/kuarters. Malamnya? Berehat....
24-09-2009 : Khamis
Keesokannya, kami bersiap untuk pergi ke Sri Aman. Macam biasa, pagi bersiap, petang bertolak. Malamnya? Berehat....Walaupun saya dah terbiasa dengan keadaan begitu, tapi cuti kali ini hanya 1 minggu berbanding dengan kat matrik dulu, 2 minggu...Jadi, keletihan tu jelas terasa.
25-09-2009 : Jumaat
Kali ni lain sikit, kami bertolak sebelah pagi menuju ke Kuching. Sebab kalau bertolak petang, lewat petang baru sampai, dengan kata lain, malam. Jadi, kenalah bertolak pagi. Petang tu, kami sekeluarga pergi jalan-jalan sekejap kat Kuching. Beli barang sikit, maklumlah dah ada Ayah tolong bayarkan, jadi...hmm...tahu2 jelah. Kat Kuching tu, kami bermalam di rumah Pak Cik ku(bkn pak cik saya yang tumpangkan saya balik kampung tadi). Bila kami balik dari berjalan-jalan tadi, orang kat rumah tu sibuk dengan persiapan nak buat rumah terbuka(lebih kurang kenduri, tapi kecil-kecilan). Saya pulak? Bingung, tak tahu nak buat apa? Mengejut tu sebenarnya, tuan rumah buat last minute, saya pun tak tahu nak buat apa. Tolong sikit pun jadilah, kan? Jadi, bila dah sampai masa makan tu, saya pun makanlah. Lepas tu, saya pun baring2 sekejap, main sms, mesej dengan kawan sampai terlelap. Jadi, malam tu, siapa yang sms saya tu, tapi tak dapat balas dari saya, seribu kemaafan di pinta sebab saya dah pun tidur masa tu. Letih sangat.
26-09-2009 : Sabtu
Akhirnya tiba masa untukku pergi bertolak balik ke kampus...masa untuk meninggalkan tanah tumpah darahku, Sarawak Bumi Kenyalang. Dalam masa yang sama, berpisah dengan keluarga. Lepas ini, saya sendiri pun tak tahu bila lagi saya ada peluang nak balik ke kampung. Jadi, bila nak board masuk flight tu, sedih hati ini tatkala berjabat tangan dengan Ayah dan Emak. Namun, kehidupan mesti di teruskan. Saya pun bertolak pergi ke Kuala Lumpur sebelum pergi ke Kelantan. Rasanya itu saja yang ingin saya kongsikan setakat ini. Maaf kalau takda gambar raya, terlupa nak save.
Kesimpulan :
Letih? Ya, memang. Tapi, yang saya paling gembira adalah kami sekeluarga dapat berkumpul bersama. Sebabnya? Peluang ini jarang ditemui, cuma waktu raya saja kami sekeluarga dapat berkumpul bersama. Itulah pengubat rindu+letih.
Rinduku terubat tatkala melihat wajah keluargaku, lantas semuanya kembali normal. Menjalani kehidupan di rumah seperti biasa, rindu yang terubat lantas dilupakan. Tapi, bila berjauhan lagi, rindu kembali menerpa ke jiwa. Hanya doa saja yang mampu disampaikan walau tak kedengaran tatkala berada di perantauan. Inilah lumrah kehidupan seorang yang hidup di perantauan, berjauhan dengan keluarga.
Wassalam.

2 comments:

afifs said...

hoho.....samalh lihin..hhuu

areniem_best said...

salihin..selamat hari raya..
mcm best jak raya..hahaha manyak g makn free@kenduri... hahahaha