Friday, July 29, 2011

Kek Lapis Sarawak adalah halal: Pengusaha

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit hari ini berkata kek lapis yang dibuat di negeri ini adalah halal.

Beliau berkata ramai orang mempersoalkan sama ada kek lapis itu menggunakan produk ''Golden Churn Creamy Butter'' selepas ia dilaporkan mengandungi DNA babi dan ini menyebabkan ramai telah memberhentikan tempahan buat sementara untuk memastikan status halalnya.
"Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis yang dibuat di Sarawak adalah halal kerana kami tidak menggunakan produk itu lagi sejak setahun lalu," katanya.
Mengulas kenyataan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri, Abang Shamshudin Abang Seruji semalam yang menasihatkan umat Islam di Sarawak supaya berhenti menggunakan produk ''Golden Churn Creamery Butter'' selepas DNA babi didapati dalam satu sampel yang diambil dari pasar tempatan, beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kek lapis di Sarawak menggunakan jenama mentega yang berbeza sekarang.

Bagaimanapun, awal bulan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengisytiharkan bahawa produk itu halal selepas satu pencemaran yang didapati hanya terhad kepada sampel yang diambil dari satu kelompok di Johor.

Permintaan untuk kek lapis Sarawak sempena Ramadan dan sambutan Aidifitri bulan depan menurun berikutan ketidakpastian peminat juadah itu berhubung status halalnya.

Rabiah berkata berikutan ketidakpastian itu, permintaan terhadap kek lapis telah menurun 30 peratus tahun ini berbanding 50 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Rabiah berkata banyak pembuat kek lapis di Sarawak memilih mentega yang murah tetapi berkualiti kerana sebelum ini bahan itu agak mahal dan ramai pelanggan terutama dari semenanjung, Singapura dan Brunei mengadu mengenai harganya.

"Kami menggunakan mentega yang telah disahkan halal sekarang dan mampu menjualnya dengan harga serendah RM10 atau lebih daripada RM50 bergantung kepada reka bentuk dan saiz berbanding RM15 hingga lebih daripada RM60 sebelum ini," katanya.

Seorang lagi pembuat kek lapis Dayang Aspriza Awang Tajuddin yang berpengalaman lebih 10 tahun, memberitahu Bernama, bahawa ramai penjual dan pelanggannya sejauh Pulau Pinang telah menghantar SMS dan meminta beliau untuk mengesahkan status halal kek lapisnya dan mengaku tanggapan salah telah menjejaskan tempahan tahun ini.

Mengikut satu laporan pada Mei 2008, sepanjang tahun 2007, 15 pengeluar Kek Lapis Sarawak membantu menyumbang sejumlah RM5.4 juta kepada ekonomi negeri. - BERNAMA
 
[sumber : Berita Harian, 29/07/2011]

still in editing...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

click for larger view

Saturday, July 16, 2011

Gempa bumi 4.0 magnitud gegar Sebuyau, Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 4.0 magnitud menggegarkan Sebuyau, Samarahan, Sarawak pada jam 10.52 malam tadi.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pagi ini berkata, pusat gempa itu adalah 60 kilometer dari barat laut Sri Aman. - BERNAMA 
 
[sumber : Berita Harian, 16/07/2011]

Friday, July 15, 2011

tak sama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kebiasaannya, orang akan hepi kalau nak balik rumah terutamanya bila dah dapat cuti panjang macam kali ni, 2~3 bulan! Akan tetapi, lain pulak aku punya kronologi untuk pengembaraan balik ke rumah kali ni... Jadi, nak dipendekkan cerita bermulalah sesi mengemas dan menyimpan harta pusaka warisan turun-temurun barang-barang yang tak terkira banyaknya dan yang paling penting sekali kebanyakkannya disimpan malam sebelum nak balik last minute. Ada exam la, nak buat macam mana(alasan!). Mula-mula, ingatkan tak banyak lagi longgokkan para barang yang nak disimpan tapi bila start nak simpan tu baru tahu rupa-rupanya ada udang disebalik mee, eh salah, ada bertimbun lagi barang disebalik almari. Simpan punya simpan, ditambah lagi dengan take 5 nya entah dah berapa kali dah siap jugak akhirnya...alhamdulillah...sekali tengok jam pukul 3 pagi!!! Astaghfirullah...esok(pagi nanti sebenarnya, beberapa jam lagi...) flight aku jam 9 dan teksi datang amek jam 7! ok, off to bed.

Sekali bukak mata 6.30 pagi! harharhar!!!<=ketawa padan muka terhadap diri sendiri sebab banyak sangat take 5 time kemas barang and packing. Apa lagi, terus bersiap dan bukan main gelabah lagi sebab dah tersangat lewat k! Tak pernah lagi aku bangun lewat kalau nak balik rumah, ini first time bangun lewat serta very unprepared! So awkward! Pagi-pagi lagi dah berpeluh, pastu Encik Teksi call, rupanya dia salah tempat, dia pergi desasiswa Nurani. Syukurlah dia salah tempat, ada alasan tak sempat nak bersiap sepenuhnya. Sampai ja teksi tu, Encik Teksi tu terus cakap dia pergi salah tempat, aku senyum ja. hohoho...Sampai airport terus check in. Syukur tak over weight luggage tapi Encik Kaunter check in tu cakap kena bayar (tak ingat lagi) sebab tak bayar lagi untuk luggage!?huh!? ?_? Then, sebab dah bayar terpaksalah withdraw lagi sebab kot-kot mana tahu ada lagi sudden emergency macam tu. Keluar ja duit tu, eh mana kadnya tak keluar-keluar lagi ni? ok, stuck...~_~

Sampai kat airport Kuching dalam jam 1.45 p.m, then my family suruh tunggu pasal dorang on their way...
.
..
...
....
.....
......
3 p.m baru dorang sampai...x_x. Kami balik terus sebab ayah aku ada hal dia cakap dulu. toing~Menyimpang masuk Sri Aman rupanya dulu sebab ada Pesta Benak kat sana. Tapi dulu cakap ada hal, kalau nak pergi Pesta Benak cakap la awal-awal...sik madah awal...
berhenti sekejap kat sini...
Kalau nak tahu apa tu Pesta Benak, google search sendiri...
exhibition, typical Iban's traditional house(you should better hurry come to Sarawak if you wanna visit this kind of typical Iban's house a.k.a Long House because nowadays Long House got major upgrade<=promote sikit...macamlah ada orang nak baca...bak kata orang semenanjung, bajet ade orang nak bace...)
dari luar(please don't ask who are they, not my siblings...nor niece...just another visitor...)
exhibition, typical Sarawak Chinese traditional house
exhibition,typical Sarawak Chinese traditional house
exhibition,typical Melayu Sarawak traditional house
Semasa kat Sri Aman tu, aku belek-belek la wallet lusuh aku. Tiba-tiba, aku terlihat kad atm aku terpesorok kat situ...huh!?jadi, yang stuck hari tu apa?dush...bak kata kawan aku sorang tu, penempang baru tahu...haish, rupanya kad aku tak stuck, mungkin aku rushing sangat hari tu...tak pa lah...yang penting aku dah kat rumah sekarang ni...hihihi...<=sengih sorang-sorang...

Hari ahad barulah kami berangkat pulang straight to Betong, sampai jugak rumah...alhamdulillah...(jumaat balik dan sampai Sarawak)

Wassalam.