Friday, January 14, 2011

Hamba Allah Akhir Zaman


Hari ini merupakan hari Jumaat, penghulu segala hari dan tidak berlaku Kiamat melainkan pada hari ini. Seperti kebiasaannya, aku melangkah menuju Blue Mosque (Masjid Kubang Kerian) untuk bertemu menghadap penciptaku dan pencipta sekalian makhluk di alam semesta ini. Setelah berakhirnya solat Jumaat, aku, serta sahabat-sahabatku yang lain melangkah keluar dari pusat terapi rohani itu menuju desa masing-masing. Sebelum pergi ke Blue Mosque tadi, aku bawa sekali payung sebab langit kelihatan agak mendung. Niat nak naik basikalpun terpadam macam tu saja…Masa on the way balik, alik-alik tak hujan. Jadi aku berjalan kakilah balik ke DESASISWA MURNI. Sedang aku berjalan melimpas(limpas=lalu,lintas) padang ikut kaki lima, sayup-sayup kedengaran bunyi motosikal datang dari arah belakang. Aku, macam biasa buat tak tahu, sebab penunggang tu baru balik solat jumaat. Walaupun dorang naik moto tu sorang-sorang, dorang biasanya terus meluncur ke hadapan meninggalkan pejalan kaki. Tapi, sangkaanku meleset. Bunyi motosikal tadi yang mulanya sayup kedengaran, terus memberhentikan motonya betul-betul di sebelahku. Aku pun toleh, apa lagi, aku terus buat muka blur. Penunggang tu, memakai baju hijau sukan dental intervarsity, terus cakap, “Naiklah”. Aku terpegun seketika…………………+_+………………..Sambil fikiranku ligat memikirkan siapakah gerangan Hamba Allah Akhir Zaman yang sanggup membantu tanpa mengenal siapa tu. Aku cuba cam muka dia, tapi seingat aku, aku tak pernah nampak atau jumpa dia sebelum ni. ‘Dia dental student jugak ka?’,’Kalau ya, tahun berapa?tak pernah jumpa pun sebelum ni?’,’Ka medic/ppsk,tapi dorang join dental intervarsity last year?’. Memandangkan dia dah suruh naik, aku naik. Dalam perjalanan tu, perbualan langsung tak berlaku. Aku, sepanjang perjalanan tu, masih bingung………………0_o………………Sampai ja kat desa, aku pun berlalu pergi sesudah mengucapkan terima kasih kepada Hamba Allah Akhir Zaman.
Sambil kakiku melangkah manuju ke bilikku, fikiranku masih lagi terganggu dengan persoalan tadi. Hatiku bergumam, ‘Tak sangka, aku dapat bertemu dengan Hamba Allah Akhir Zaman seperti itu’. Kalau aku yang jadi penunggang(bajet ada moto la…harharhar) tu, adakah aku pun akan tolong orang lain tanpa mengira siapa?

Wassalamua'laikum.

2 comments:

Fazzy said...

Wah wah wah LIHING, akhirnya mengupdate blognya yang bersawang segala macam binatang didalamnya....
Miahahahahaaa....

Villadient's Youth said...

Ketibaan tiba-tiba rasa malas menjauhi aku petang ni @_@ + ada idea + tenet ok + ada masa(huh!?)