Saturday, January 22, 2011

21 Januari 2011 – Program Berbasikal Amal Palestin

Assalamua’laikum dan salam sejahtera,

Hari ini merupakan hari yang aku tunggu-tunggu selama ini, setelah beberapa dekad serta berkurunnya berlalu, hari untuk berbasikal di luar kawasan kampus sambil beramal untuk saudara-saudara seagamaku yakni rakyat Palestin. Sebelum melangkah lebih jauh lagi, marilah kita sama-sama sejenak berfikir dan berdoa untuk rakyat Palestin agar mereka tabah dengan ujian yang mereka hadapi.

Buat pengetahuan anda semua, Program Berbasikal Amal Palestin merupakan salah satu program yang dianjurkan sempena Festival Kelestarian Islam (FesKI) yang berlangsung dari 6 Jan – 9 Feb (kalau tak silap) bertempat di Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (USMKK), Kelantan. Sebelum ini, FesKI dikenali dengan nama Minggu Penghayatan Islam (MPI) dan FesKI (2011) merupakan aktiviti kampus (USMKK) lanjutan daripada MPI-12 (2010). Untuk info lebih lanjut, boleh Google Search sendiri ye…

Berbalik pada menu utama untuk post kali ini, aku, dengan seorang lagi rakanku yang gete’ mengambil bahagian dalam program berbasikal ini dengan mengayuh basikal masing-masing. Pengarah Kampus USMKK turut hadir, akan tetapi, beliau tidak dapat ikut serta oleh sebab urusan beliau menghalang beliau dari turut serta. Dipendekkan cerita, pengacara majlis mengumumkan perlepasan acara PERLUMBAAN BERBASIKAL Amal Palestin dengan ucapan,’BERLEPAS!!!’. Jadi bermulalah PERLUMBAAN kami pada pagi itu…dengan barisan muslimin paling belakang…

Para peserta yang kelihatan begitu bersemangat untuk PERLUMBAAN BERBASIKAL Amal Palestin


salah seorang peserta yang sedang khusyuk mengayuh basikal

kt situ rupanya petronas,tak perasan plk td

tokse brhenti...terus ja jale...meroh tu untuk hok moto ja...

group ke-2 terpisah dek lambat...aku pun masuk grp lmbt...

nampak x balai islam?turn left...

PAUSE...

semangat giler budak sorg ni!go!go!!go!!!gambatte!!!

encik polis trafik dgn moto brkuasa tgginya...rilek ja program ni...tgok peserta tu,kayuh pn rilek...dpn encik polis trafik lg buat cmtu...

apsal naik moto?fuh!?semngt2!!siap bawa bendera lg tu...hohoho...

kitorang jd VIP...hehe..suma kete bg laluan...

niat nk amek gmbr curi2...tp,mamat ni cm tahu ja aku nk amek shot...hahaha...
Dr Wan Nudri...cuba teka yg mana satu...hehehe...
button FesKI

Setelah berakhirnya pragram tersebut, setiap peserta dikurniakan satu button dan nasi bungkus untuk lunch. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar hingga ke penghujungnya. Krew dari Kelantan fm turut hadir untuk membuat liputan pada pagi tersebut dan pengarah FesKI, saudara Adib di beri kesempatan untuk membuat sedikit ulasan tentang program tersebut.

Maka berakhirlah sudah post kali ni. Jumpa lagi pada waktu yang lain. Wassalamua’laikum.

No comments: