Sebagai manusia biasa bergelar Hamba Allah, kita takkan pernah terlepas daripada diulit perasaaan rindu. Rindu merupakan satu perasaan yang wujud secara semulajadi dalam diri setiap makhluk yang bergelar insan, dengan ungkapan yang lebih mudah, fitrah manusia. Adalah menjadi satu kebiasaan seorang insan diulit oleh perasaan rindu terhadap insan lain, rindu pada schoolmate, rindu pada chilhood-mate, rindu pada cikgu di sekolah, rindu pada saudara-mara, rindu pada kampung halaman, dan rindu pada keluarga...
Dalam banyak klasifikasi rindu, rinduku lebih pada keluarga di kampung halaman :
Eh!?Betul ka formula yang aku buat ni?mmm..........@_@..........Bagi memastikan formula yang aku buat ni betul atau tak, perbincangan adalah satu kemestian!Baiklah sebelum memulakan perbincangan, suka saya ingatkan bahawa semua aspek perbincangan adalah berasaskan buah fikiran saya sendiri atau dengan kata lain pendapat saya sendiri. NO OFFENSE!haha..
Allah telah memberikan aku peluang untuk bernafas di muka bumi ciptaannya ini dalam keadaan Islam dan di negara yang bebas dari cengkaman api persengketaan yang berpanjangan. Sejak dari kecil, hatta ketika aku masih bergelar bayi lagi, aku telahpun hidup di bawah naungan rahmat-Nya dengan segala rezeki dan kemudahan yang diberikan. Ibuku telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang, tak kira apapun yang aku buat, betul atau salah, pasti ibuku akan terus menjalankan tugasnya berdasarkan nalurinya sebagai seorang ibu. Hinggalah ke hari ini...Jadi seharusnya aku berterima kasih kepada ibuku, yang mana aku pasti tidak akan mampu untuk membalas jasanya sampai bila-bila pun. Oleh itu juga, aku patut memberikan rasa rinduku terhadap ibuku. Namun, siapa yang memberikan aku udara untuk bernafas?Siapa yang memberikan naluri keibuan terhadap ibuku?Siapa yang memberikan nikmat Islam kepadaku?Allah yang Maha Penyayang tidak pernah lupa dari memberikan tumpuan terhadapku...Lalu, seharusnya aku bersyukur kepada-Nya atas segala nikmat yang diberikan, dan aku juga seharusnya mewujudkan rasa rindu terhadap Allah dan bukannya terhadap ibuku semata-mata...
Pendidikanku bermula sejak aku berumur 6 tahun lagi dengan segala keperluan persekolahanku dibiayai oleh ayahku sepenuhnya. Tambahan lagi ayahku bertugas sebagai seorang guru, memudahkan lagi urusan persekolahanku walaupun terdapat sedikit 'conflict' ketika hari pertama hendak memulakan persekolahan...haha..Namun, aku tetap berterima kasih kapada ayahku atas segala pengorbanan yang telah dilakukan untukku hinggalah ke hari ini. Jadi, tidak salahlah sekiranya aku mencurahkan rasa rinduku terhadap ayahku. Namun, persoalannya, siapa yang memberi ilmu kepadaku? Siapa yang mengurniakan ilham kepadaku ketika menghadapi peperiksaan? Siapa yang memberikan rezeki kepada ayahku dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru? Allah yang Maha Pemurah akan sentiasa mengabulkan permintaan hamba-Nya tak kira siapapun termasuklah aku. Justeru, aku sewajarnya bersyukur atas nikmat Allah dan rasa rinduku harusku tumpahkan pada-Nya...
Aku sememangnya tidak pernah berasa kesunyian ketika berada di rumah kerana aku merupakan anak ketiga dari 6 adik-beradikku yang lain. Tatkala kebosanan, merekalah teman sepermainan. Tatkala kerunsingan, merekalah penawar. Tatkala kena marah? Merekalah juga kena marah sekali..haha..Namun, siapa yang memberikan aku akal untuk berfikir bagi memahami sikap mereka? Siapa yang mengekalkan hubungan silaturahim kami? Allah yang Maha Mengatahui jualah yang membenarkan segalanya. Lantas aku bersyukur pada-Nya. Namun, sekali lagi patutkah aku sekadar memberikan rasa rinduku terhadap mereka semata-mata? Rinduku sepatutnya terhadap Dia terlebih dahulu...
Aku membesar di sebuah kampung halamanku dengan pelbagai kenangan manis dan pahit bersama rakan-rakanku yang lain. Kampungku merupakan perkampungan Melayu terbesar di Sarawak(dulu) dengan kepadatan pendukuk melebihi 5000 orang. Pelajar sekolah rendah hanya dalam kira-kira 900 orang sahaja. Kampungku aman disebabkan kedudukan geografinya berada dalam negara Malaysia. Aku semangnya rindu pada kampung halamanku...Bak kata pepatah, 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri'. Namun, siapa yang memberikan keamanan ini? Lebih penting lagi, siapa yang menciptakan tanah yang aku pernah pijak di kampung halamanku dulu? Aku seharusnya bersegera meletakkan rasa rinduku terhadap penciptaku dan pencipta sekalian makhluk...
Kesimpulannya, aku perlu membetulkan formula ku :
Sandarkan rindu pada keluarga dan kampung halaman kepada Allah. Insya-Allah.

rindu pada keluarga + rindu pada kampung halaman = tak sabar nak balik???

rindu pada keluarga + rindu pada kampung halaman = RINDU PADA ALLAH
Sandarkan rindu pada keluarga dan kampung halaman kepada Allah. Insya-Allah.
p/s : sebenarnya, apa maksud 'No Offense'?mcm mana nk guna?saya sendiri tak tahu sebenarnya..haha..
No comments:
Post a Comment