Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ni saya tulis tentang tiga perkara dalam satu post:
1. Safi Men
Pertama sekali, saya ingin mengingatkan anda semua yang saya bukan nak promote produk safi tapi saya cuma nak berkongsi pengalaman sebagai seorang pengguna produk safi. Asalnya, saya tak gunakan pun produk safi men ni, sebabnya saya tak pernah nampak produk ni di pasaran. Jadi sebelum ni saya guna produk yang lain hinggalah saya terserempak dengan diorang ni kat pasar raya nirwana. Syukurlah, dapat jugak jumpa produk ni, huhuhu...Saya pun tak sangka jugak diorang pun buat untuk Men, hahaha...Allah lebih mengetahui kemahuan dan keperluan hamba-Nya.
2. Euro Park
Gambar ni diambil selepas kami menghabiskan token yang kami beli atau dengan kata lain, kami dah nak balik dah. Sebenarnya banyak halangan yang kami tempuhi sebelum sampai ke tempat ni, walaupun akhirnya sampai jugak. Pertamanya, masalah pengangkutan. Kami cuba nak sewa kereta, tapi semuanya full. Hampir tak menjadi rancangan kami malam tu(last minute planning), cari punya cari dapat jugak kami sewa walaupun mahal sikit sewanya(sebab sewa viva bukan kancil). Lepas isya', kami terus bertolak menuju ke destinasi. Dengar-dengar euro park tu berdekatan dengan Tesco. Jadi kami tahulah jalannya sebab jalan nak pergi Tesco lebih kurang ja dengan nak pergi KB Mall cuma dia jauh sikit. Bila kami dah lalu KB Mall, dah kelihatan dah gemerlapan cahaya euro park terutamanya euro wheel. Bukan main excited lagi masa tu. Lepas tu kami pun lalu naik jambatan menyeberangi sungai. Tiba-tiba kami rasa pelik sebab kami seolah-olah semakin menjauhi tapak euro park, jadi kami pun perasan yang kami dah SALAH PILIH JALAN!!! Jadi kami pun teruskan jugak sebab nak cari round about, nasiblah ada. Jalan punya jalan, akhirnya sampai jugak kami. Sesampainya kami kat euro park, kami pun terus beli tiket dan token. Ada 10 token, jadi kami kena pilih betul-betul la sebab ada banyak pilihan. Semuanya nampak menyeronokkan, tapi kami pilih Top Gun sebagai permulaan. Bila tiba giliran kami, aku pun terus naik dan menunggu untuk benda tu mula bergerak. Dengan kuat dan nyaringnya(bukan teriakan ku..) bunyi muzik yang betul-betul berada kat belakangku, kami mula bergerak. Ke hadapan, lepas tu ke belakang sambil kelajuan kami mula meningkat dengan dibantu oleh inertia benda tu sendiri. Belumpun kami membuat pusingan 180 darjah, kepalaku mula pening. Apa lagi, gag reflex aku pun mula activate. Keadaan semakin teruk bila kami mula buat pusingan 360 darjah. Aku, demi menghilangkan pening dan gag reflex, larynx ku mula bertindak. Aku berteriak(kawan kat sebelah aku bagi tahu dia tak dengar pun aku berteriak, padahal aku boleh dengar dia berteriak) dengan harapan keadaanku pulih. Namun semuanya sia-sia, aku berputus asa, berhenti berteriak dan berserah pada Yang Esa. Sesudah jatuhnya kelajuan kami ke tahap 0, aku keluar dengan keadaan yang terhuyung-hayang. Namun aku gagahkan jua kakiku agar tidak kelihatan pada pandangan pengunjung lain. Aku yang beria-ia hendak bermain tadi mulai hilang minat. Tapi, aku perlu habiskan token malam tu jugak. Jadi, keadaan ku bertambah runcing bila kami menaiki coaster yang bisa membuat pusingan yang mengejutkan. Nasiblah jantungku tidak tersentap(cuma kepala ku mula berpusing). Sebagai penutup lawatan kami pada malam tu, kamipun naik euro wheel. Walaupun nampak rilex, tapi kepalaku tetap pening walaupun sudah agak surut. Sebelum kami melangkah keluar, kami pun 'ngegeh-ngegeh' ambik gambar masing-masing. Jadi tamatlah pengembaraan kami pada malam itu walaupun malam sudah lewat berlabuh. Cuma satu saja yang aku kecewa..tak ada rumah hantu..
3. Basikal Baru
Ini merupakan basikal baruku yang baru di beli beberapa hari yang lepas(kelmarin). Brand dia ada kat atas tu, Raleigh. Warna dia dark brown, saiz S. Yang paling penting sekali, basikal ni saiz sederhana. Bila aku tengok basikal ni dulu(kelmarin), aku terus teruja. Fuuhh!!Aku terus terpikat dengan basikal ni, walaupun aku tak jumpa design yang aku nak. Tapi aku tetap bersyukur dapat basikal ni.hehehe...
Rasanya sampai setakat ni sajalah kali ni(malas nak taip lagi).
Wassalam.
1 comment:
Huahahaaaaaaa....
Pengalaman yang indah, SAFI 4 men tu mcm best jak....
Heheheheheeeeee....
kirim salam sama budak baju kuning tu ah, posing maut gia....
Huahahahaaa....
Post a Comment