Assalamua'laikum dan salam sejahtera para pengunjung blog saya sekalian, saya harap anda semua sihat sejahtera di samping keluarga mahupun kawan. Buat masa sekarang saya tengah cuba untuk menikmati cuti DUA HARI selepas tamatnya peperiksaan Dental Selanjar 1(Phase 2 - Year 2) tengah hari tadi sebelum bermulanya sesi pengajian baru sidang akademik 2010/2011. Dengan kata lain ataupun secara tepatnya sebelum bermulanya sesi LECTURE-PBL-DEMO/PRACTICAL MEDICAL yang bermula minggu hadapan. Tak sangka begitu cepat masa berlalu, terasa baru bagaikan semalam saya menjejakkan kaki di Negeri Darul Naim ni. Dalam sedar atau tidak blok Dental telahpun tamat. Tak kisah sangatlah tentang hal ni, yang penting BLOK DENTAL SECOND YEAR NI BEST!. Syukur alhamdulillah blok Dental Tahun Dua dah hampir melabuhkan tirai..hampir? Memanglah hampir, manalah taknya praktikal CAVITY PREPARATION bakal naik ke pentas menggantikan sesi Lecture dan Demo! .Dengar khabarnya(bukan sekadar khabar, tapi realiti) praktikal tu nanti berlanjutan sampai jam 6-7 petang. Malahan ada sesi malam pulak tu, aduh!(tak baik mengeluh, sabar..sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar). Bila terfikir tentang sesi praktikal tu, rasa macam best semacam, tapi bila dengar 'sound' dari MFK, huh! Ngapa susah bangat bunyinya sih!? Ape-ape jelah, just wait and see. I'm looking forward to it!
Sekarang ni? Macam tajuk post kali ni, tak tahu nak buat apa. Time sebelum exam bukan main lagi plan yang dah ada kat kepala, nak buat nilah, itulah, pergi sanalah, situlah. Lepas exam?Alik-alik tak buat jugak pun. Hancus! Ape-ape aje..Bila terfikir tentang cuti ni, teringat pulak dengan cuti raya..Sedih dan pilunya hati mengenangkan cuti raya yang usm bagi. Hari tu, pengerusi fasa 2 ppsg(kalau tak silaplah) bagi tahu 'there would be no changes to that holiday date'! Bukan main sedih lagi saya mendengar lontaran suara Lecturer tu, saya bagi tahu kat ayah saya'nantik mbiak perubatan atang lak, ni tauk ado perubahan kali..'. Saya tak tahu nak buat macam mana lagi sekarang ni, kalau nak skip kuliah tak palah(sebab kuliah takda attendance,hehe..) tapi kalau ada PBL(probrem based learning), tu yang susah. Bukan setakat kehadiran dia ambik tapi dia bagi markah sekali masa sesi tu. Jadi, sekarang ni biarlah masa yang menjadi penawar bagi kedukaan dan kehampaan ku ini. Minggu ni sebenarnya minggu orientasi bagi pelajar tahun 1 sidang akademik 2010/2011 ataupun minggu orientasi SECOND BATCH APEX!. Dari pemerhatian saya, tak ramai sangat pelajar muslim dan rata-ratanya pelajar chinese. Dari Sarawak? Tak pasti lagi, tapi yang dari PPSG ada lah jugak cuma yang muslim tu cuma sorang, itupun muslimah. Nampaknya boleh jadi alasan tak perlu ambik buddy ni,hehe..Nanti ketua year tentu jawab 'ndak bulih, mesti ada jugak.kongsi pun ndak pa, janji ada.sebabnya?INDEPENDENCE!'. Gurau jak bha, mestilah perlu ada buddy walaupun diorang tu batch interview, kan?
Kalau nak post pasal benda-benda rawak ni, sampai bila pun takkan habis. Rasanya tajuk post kali ni lagi bagus kalau tukar ngan 'Random'. Tak kisahlah, asalkan ada. Setakat ini sahajalah untuk kali ini, sehingga berjumpa lagi pada masa akan datang. Saya akhiri dengan wassalamua'laikum.
1 comment:
sabar ajak la jadi dental student ni kan =)
Post a Comment