Rasanya dah lebih sebulan saya tak kemas kini blog saya ni. Hakikatnya memang saya malas nak kemas kini blog ini disamping ketandusan idea untuk diketengahkan. Maklumlah saya ni bukan jenis orang yang mempunyai bakat untuk mencurahkan idea macam iklan kokokrunch(tak tahu ejaan sebenar),"lalu coklatpun mencurah-curah jatuh ke dalam gandum, fuh!jadilah kokokrunch!". Walaupun kurang berkaitan sangat, tapi itu tak penting sebab saya dah pun ada idea untuk dicurahkan ke dalam blog saya ni.
Petikan dari Berita Harian Online :
Penunjuk perasaan yang menggelarkan kumpulan mereka Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (GMHJ) turut melempar Jalur Gemilang yang dibakar ke dalam perkarangan pejabat kedutaan.
Tidak cukup dengan itu, mereka melempar telur busuk, ikan masin dan tepung pada papan tanda pejabat kedutaan. Kejadian berlaku jam 11 pagi ketika kira-kira 30 ahli GMHJ mengadakan tunjuk perasaan menerusi Ganyang Malaysia yang mahu rakyat Malaysia diusir dari Indonesia.
Kira-kira 150 anggota Polis Republik Indonesia (POLRI) mengawal ketat pintu masuk kedutaan bagi menghalang penunjuk perasaan bertindak ganas, tetapi berakhir 40 minit kemudian selepas diarahkan bersurai.
Penunjuk perasaan turut melaung Ganyang Malaysia dan membawa sepanduk anti-Malaysia.
Ketua penunjuk perasaan, Bayu Segara menuduh Kerajaan Malaysia menghina lagu kebangsaan Indonesia, menceroboh sempadan, menghakmilikkan budaya Indonesia dan tidak menjaga kebajikan serta keselamatan Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia.
Kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia berada dalam yang agak tertekan dan hubungan kedua-dua negara turut kelihatan tegang. Insiden yang berlaku di perairan berdekatan sempadan Malaysia-Indonesia dulu telah melahirkan kebimbangan rakyat Malaysia dan Indonesia yang kini semakin hangat berikutan berlakunya aktiviti tunjuk perasaan. Dalam ketegangan suasana ini, pihak yang lebih teruk menerima tekanan sudah pastinya pemimpin kedua-dua negara ini. Mereka sudah pasti ingin mencari jalan penyelesaian yang baik dan berkesan. Namun, sikap segelintir rakyat yang sengaja mengambil kesempatan untuk mehangatkan api kebencian memburukkan lagi keadaan. Golongan ini seolah-olah tidak inginkan kemerdekaan yang telah dikecapi sekarang dan ingin membuka ruang kepada medan pertempuran untuk kembali berkuasa yang seterusnya sudah pasti menyimpul tali kebencian dalam hati setiap rakyat. Kenapa masih wujud lagi golongan seperti ini sedangkan rata-rata masyarakat sekarang sudahpun berpendidikan? Ataupun golongan ini sememangnya sedia terpelajar namun mereka menyalahgunakan ilmu yang mereka miliki? Sebagai seorang rakyat yang cintakan kedamaian dan bencikan pertelingkahan, kita haruslah berfikiran wajar dan rasional. Akal yang telah diberi seharus dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebaikan semua pihak. Namun, akal belum cukup untuk menangani situasi ini jika tidak disertakan dengan petunjuk dari Ilahi. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebalanga. Demi generasi masa akan datang, bertindaklah sewaras mungkin berpandukan al-Quran dan as-Sunnah kerana kedua-dua sumber inilah yang akan mengelakkan kita daripada terjerumus kelembah kesesatan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w :
'Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, di mana kamu semua tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul '
(Hadith Riwayat Imam Malik)
Semoga kita semua terhindar daripada jerat syaitan yang sentiasa membisikkan perkara kebatilan ke ruang fikiran manusia yang terpedaya dengannya dan moga Allah membantu kita untuk menghadapi rintangan ini dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment