Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Terdetik hati ini bagi memberi ruang dan kesempatan kepada jari-jemariku menari-nari di atas papan kekunci komputer ribaku tentang Tenaga Alternatif setelah membaca Berita Harian bertajuk "Najib lawat Masdar bandar raya teknologi tenaga". Masdar City merupakan sebuah bandar lestari diaspirasikan untuk mengaplikasi konsep carbon-neutral dan sedang dalam proses pembangunan. Bagi info yang lebih tepat, silalah berkunjung ke laman sesawang ini, Masdar City. Amat sikit info yang saya tahu tentang Masdar City, tapi setakat yang saya baca bandar ini sedang dalam proses pembangunan yang bakal menempatkan kira-kira 40 000 penduduk yang turut menjadikan pelajar sebagai sebahagian penduduk 1st generation untuk Masdar City. Malahan saya juga kurang jelas dengan konsep carbon-neutral (bukan carbon-free yer!), cuma yang dapat saya ketengahkan di sini adalah ia bertujuan untuk mengurangkan pembebasan karbon (carbon emission). Sumber tenaga alternatif yang bakal diaplikasikan adalah tenaga solar dan tenaga angin dengan bandar raya itu sendiri mengamalkan 'mesra pejalan kaki'. Kedudukan geografi bandar ini terletak di padang pasir Abu Dhabi, secara tepatnya saya sendiripun kurang pasti. Boleh google search sendiri...
Berbalik pada menu utama hari ini, tenaga alternatif merupakan "Alternative energy is an umbrella term that refers to any source of usable energy intended to replace fuel sources without the undesired consequences of the replaced fuels "-wikipedia. Definisi bagi tenaga alternatif amatlah berbeza dari sumber yang berbeza. Bagi saya, tenaga alternatif merupakan tenaga yang boleh diperbaharui dan bercirikan 'perpetual', iaitu membekalkan tenaga secara berterusan tanpa memberikan impak negatif terhadap alam sekitar. Saya amat tertarik dengan konsep ini dan konsep ini juga turut digunakan dalam siri anime Gundam 00 di mana solar antenna receiver dibina mengelilingi bumi soalah-olah membentuk gelang seperti planet Zuhal (Saturn).
solar antenna receiver dalam Gundam 00 |
lower orbital ring spanning circling the earth in Gundam 00 |
solar antenna receiver mengelilingi Bumi membentuk gelang seperti Zuhal |
Tenaga alternatif bukanlah sesuatu yang baru dan umum telahpun menyedari hakikat ini. Terdapat berbagai-bagai bentuk tenaga alternatif yang terdapat pada masa kini seperti tenaga solar, tenaga angin, tenga hidro, tenaga biojisim (biomass) dan lain-lain lagi. Konsep tenaga alternatif ini telahpun diguna pakai secara meluas. Namun, dunia sekarang tetap lebih bergantung kepada tenaga bahan api (fossil fuel). Antara faktornya adalah penggunaannya yang menyeluruh seperti menggerakkan kenderaan termasuklah kapal terbang. Tenaga ini juga lebih murah berbanding tenaga alternatif yang menelan lebih banyak belanja untuk digunakan. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan bagi membolehkan penggunaan tenaga alternatif lebih murah dan mudah didapati disamping mengatasi kelemahan tenaga ini. Usaha ini semakin giat dijalankan memandangkan bahan fosil bukanlah bersifat renewable dan ia bakal habis pada masa akan datang.
Sekiranya dunia sekarang mampu mengubah haluan yang sedia ada ke arah yang lebih mementingkan tenaga alternatif, sudah pasti masalah pemanasan global dan penipisan lapisan ozon dapat dikurangkan. Namun, ini bukanlah satu usaha yang mudah walaupun tidak mustahil. Perubahan ini bagi saya amatlah perlu kerana pengunaan bahan fosil sebagai bahan api tak ubah seperti double edge sword, iaitu memberi manfaat dengan memudahkan kehidupan seharian tetapi meninggalkan kesan negatif terhadap alam sekitar secara langsung dan manusia secara tidak langsung.
Peranan setiap individu adalah berbeza berdasarkan kemampuan masing-masing. Memang tidak dapat dinafikan kita takkan mampu mengubah dunia hanya atas usaha kita sendiri, tapi sekurang-kurangnya kita mempunyai keinginan untuk mengubahnya. 'Nak seribu daya, tak nak seribu dalih'.
solar-hydro-wind-biomass |
Jumpa lagi, dah kehabisan idea dah ni. Wassalam.