Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya bersuara juga blog ni. Bukannya saya tak nak update blog ni, tapi tak ada idea nak postkan apa. Tambahan dek kekangan masa yang tak menentu. huhu...
Kali ni saya nak utarakan pendapat saya tentang isu yang hangat kat Malaysia ni. Memang agak kurang sesuai untuk saya utarakan isu ini memandangkan ia isu yang agak sensitif. Jadi saya sekarang cuma meluahkan sekadar sedikit saja dan tidak lebih dari apa yang patut.
Rasanya semua dah tahu apa isu yang saya maksudkan, penggunaan nama Allah oleh bukan Muslim. Setelah Mahkamah Tinggi memutuskan untuk membenarkan penggunaan nama Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald pada 31 Disember lalu pelbagai kontroversi telah timbul. Namun seperti yang saya tegaskan tadi, saya tidak akan mengulas dengan lebih dalam tentang perkara ini. Tapi, saya cuma ingin mengajak anda semua berfikir sedalamnya tentang perkara ini sebelum membuat sesuatu keputusan.
Sememangnya tindakan melemparkan bom api terhadap beberapa buah Gereja adalah tidak wajar. Malahan Perdana Menteri sendiri mengutuk perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Tapi, apa kaitannya dengan tajuk post saya kali ini? Cuba kita fikir, implikasi isu ini sememangya agak tinggi terhadap negara kita. Seperti apa yang berlaku terhadap sesetengah gereja, memang tidak dapat dinafikan bahawa ada sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan. Kalau isu ini semakin melarat oleh tindakan sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab dan bertindak mengikut emosi, lambat-laun negara kita juga yang rugi. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Memang betul isu ini secara permukaannya tidak boleh dibandingkan dengan nila setitik yang begitu sedikit kuantitinya. Isu ini bukannya isu yang remeh. Tapi kalau kita banding secara kualitinya, nila mempunyai kepekatan yang tinggi hinggakan boleh merosakkan susu sebelanga. Begitu juga isu ini yang secara dasarnya adalah serius. Hanya kerana isu ini yang diselesaikan secara tidak professional, timbul salah faham yang boleh menjurus kepada perpecahan kaum di Malaysia. Secara tidak langsung, peranan sesetengah pihak yang tidak bertanggunjawab akan melemahkan negara kita dari dalamannya. Ini boleh menyebabkan negara kita terdedah terhadap ancaman luar. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga dan kerana timbul salah faham, negara terdedah pada ancaman luar.
Sebagai seorang manusia yang mempunyai otak untuk berfikir dan akal untuk membezakan perkara baik dan buruk, kita sepatutnya berfikir sewajarnya sebelum melakukan atau meluahkan sesuatu supaya perkara yang tidak diingini terus diam membisu.
Saya sebagai seorang Muslim, yang kurang arif akan perkara ini, akan merujuk kepada individu yang lebih dalam ilmu dan kefahaman mereka terhadap perkara ini. Wallahualam.