Friday, October 14, 2011

saat-saat sedih (antara...)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bila nak balik kampus terutamanya bila nak naik flight dan terutamanya lagi bila nak masuk boarding gate...Dengan penuh kepura-puraannya aku melangkah tanpa mengekpressikan sebarang raut wajah sedih dan yang sewaktu dengannya...Namun dalam hati, hujan turun dengan begitu lebatnya...Itulah kenyataan yang senantiasa acap kali berulang membentuk kitaran dalam diri hamba ini hinggalah detik ini...Inilah ujian Allah yang hamba sentiasa gagal...

Sekian, wassalam.

Wednesday, October 12, 2011

Sesalan hangat-hangat taik manok

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni aku tak makan malam lagi, bukannya tak nak makan (bukan sebab puasa jugak...) tapi kat sini makanan bukannya datang berguling-guling macam tenggiling...Teringat pulak cerita Shin Chan, dia pernah dalam satu episod tu berguling-guling sambil menyebut,"guling-guling macam tenggiling...",hohoho...eh, lari topik tetibe...Oh ya, makanan tak datang berguling-guling macam kat rumah...<-rumah lagi, tak habis-habis rumah ni. Ni lah akibatnya cuti lama sangat kat rumah. Moral of the story, makan puas-puas kat rumah.LOL~wokeh! Menyimpang lagi...Kalau kat sini, nak makan kena pergi kafe tak pun pergi makan kat luar kalau kafe tak buka. Kalau kat rumah? Mak masakkan, kui3...Tapi kan, tapi kan, aku kalau kat rumah tak makan banyak sangat...Sekarang baru nak rasa menyesal sebab tak hargai makanan yang mak aku masakkan...hmmm...Tapiiii.....bila balik rumah nanti, buat balik benda yang sama...kuang3...Itulah yang dinamakan sesalan hangat-hangat taik manok! Anda dinasihatkan agar tokse ikut tabiat hamba ni ye~

Wassalam.

Sunday, October 2, 2011

basikal, oh basikal~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
basikal, oh basikal...
Kenapalah susah sangat nak cari basikal ni? Pinjam sana, kata nak guna, pinjam situ, kata rosak, pinjam mana-mana kata2 hilang...basikal, oh basikal...
Pergi pinjam kat Encik Kompleks Sukan, kata nak buat persediaan untuk incoming aktiviti...hmm...Patut cadangkan kat MPP ni, 'Basikal untuk di sewa, khas untuk pelajar USMKK', kui3...*_*

Wahai basikal, datanglah kepadaku...Aku memerlukanmu sebagaimana engkau memerlukanku...

Monday, September 26, 2011

Senarai

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Aku tak suka makan kat luar kampus terutamanya bila kafe tak beroperasi...Sebab kena jalan dari hujung dunia kutub utara ke kutub selatan...Lepas tu kena tunggu, makanan walaupun tak sedap makan jugak sebab lapar...Bila balik, berjalan lagi macam mengelilingi dunia...Kalau kat rumah, dalam rumah ja makanan tu...sedap lagi tu...
2. Masuk waktu solat di sini lambat lebih kurang 1 jam lewat daripada Sarawak, bermaksud masa di sini lambat 1 jam...Walaupun dah 2 tahun lebih aku tinggal di sini, tapi aku tetap tak suka...
3. Aku sangat suka main game, tapi...bukan di sini...aku main game di sini, totally feelingless...aku suka main game kat rumah ja...
4 . Kat sini susah sangat nak tengok tv...ada tv tapi segan nak tengok, rasa sangat tak selesa...Kalau kat rumah lain cerita...

apa lagi ea?hmm...bersambunglah kalau macam tu...

Wassalam.

Saturday, September 17, 2011

Sweet Memories/Kenangan Terindah

Assalamualaikum and salam sejahtera,

Different person defines 'sweet memories' differently, but for me, my version of 'kenangan terindah' is 'ketika bersama dengan keluarga'. ^^
*I miss my family already like it had been a year :(

Wassalam.